Friday 29 April 2011

Cerita Semalam

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

gila lama aku tak post dekat entry blog ni padahal baru masuk 2 hari. HAHA. sebab aku nak mengupdate tajuk-tajuk baru amat lah payah nak berfikir. siap nak reka-reka ayat lagi. sebenarnya macam banyak nak story, tapi bila dah dapat laptop ni macam payah pulak nak tulis apa.

okay. aku dah full stop untuk kerja. Sekarang ni aku hanya hendak kerja sebagai seorang guru tuisyen dan tolong memperkembangkan perniagaan bapak aku.( tak lah besar mana poon ) boleh la masuk sikit-sikit income untuk aku duduk rumah ni. dari asyik membesarkan badan. ramai dah kata aku gemok. tak kisahh pon. :)

semalam malam aku menamatkan hari aku bekerja kat situ. sengal. gaji aku tak dapat lagi. cerewet betul lah. macam-macam trick la tu nak buat. konon mintak nombor akaun aku. kalau tak masuk gak dalam akaun tengok lah aku angkut barang-barang kat kedai tu. Sengal lah !. ops. emo pulak.
lepas tu macam biasa jumaat malam sabtu adalah hari-hari untuk aku mengajar tuisyen. penat sungguh melayan kerenah diorang. sabar je la kan. tapi nasib ada income la kan.

dah lama rasanya tak main bowling. ini semenjak mamat tu ajar aku nak main la ni. maklumlah nak release tension. takpe. hari ni kawan aku dah habis exam. kita pergi main bowling nanti.

* tak sabar dah nak jumpa kawan-kawan minggu depan. reunion Pulau Pangkor :)
Meh Tinggalkan Comment Korang

No comments: