Friday, 15 April 2011

Susah hendak nak melupakan orang yang kita sayang :(

mampukah aku menangkis segala perasaan rindu dan sedih. mampukah aku untuk tersenyum ketawa dengan seikhlas hati. melupakan segala MEMORI TERCIPTA seperti dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Kisah KAU DAN AKU. kadang-kadang kita hendak kebahagiaan itu berpanjangan tapi tidak mungkin disangka akan menjadi suram dihujungkan dengan kegelapan. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang dan berdoa kepada yang Maha Esa. Disaat berkongsi segala suka, ketawa, gurauan, pahit, manis sedih bersama-sama. Tidak kisah lah bersama kaum Adam mahupun kaum Hawa.

Kita hamba-Nya yang tidak pernah terlepas dari kekurangan diri dan cabaran dalam hidup. aku mencuba untuk menghilangkan sifat sedih dan suram dalam kehidupan aku hari-hari. Bila kita menangis, orang akan kata cewek, manja, gedik ='=. tapi itu kepuasan seseorang itu. Perempuan adalah insan yang sensitif. tidak aku menafikan lelaki juga tidak kurang adanya yang menangis. sebab menangis memang kepuasan diri. Tidak perlulah nak mengelak-gelak kan orang lain. Hak individu itu sendiri okay.

Mesti rasa geli macam membawa posting aku. tapi itu lah perasaan yang aku nak lakarkan. Aku hanyalah insan yang kerdil yang penuh dengan kekurangan diri, tidak mampu untuk mengembirakan dan membahagiakan orang lain walaupun terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Okay. aku jahat. siapa nak ngorat aku pikir 4-5 kali :)

Bila aku mula mendengar lagu Jangan Pernah Berubah oleh ST12. perasaan sayu akan menguasai diri. Return kat tajuk. Bila kita sayang dekat orang pasti kita akan susah untuk melupakan. Bak kata pepatah yang selalu aku dengar,

"HIDUP TIDAK SELALUNYA INDAH TETAPI YANG INDAH ITU TETAP DALAM KENANGAN".

aku tidak menyalahkan. mungkin aku mempunyai kekurangan diri yang tidak sempurna untuk diri orang lain. Kita hanya mampu berdoa agar oarang yang kita sayang dan di sekeliling kita akan sentiasa berbahagia dan sejahtera.

Aku perlukan penjelasan yang kukuh ='=


Lirik Lagu ST12 Jangan Pernah Berubah
biarkan waktu teruslah berputar
ku cintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
malah kini kau ucapkan selamat tinggal
membuat keresahan

* meninggalkanku tanpa perasaan
hingga ku jatuhkan air mata
kekecewaanku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan

reff:
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah

repeat *
repeat reff

jangan pernah kau coba untuk berubah
ku relakan yang indah dalam hatinya
Meh Tinggalkan Comment Korang

No comments: