Saturday 27 August 2011

ary rayer ^0^

BACA DENGAN JELAS CLICK GAMBAR..

saje nak tambah entry baru. baru pandai prant screen. okay. kite ketinggalan zaman. tak kisah la. janji kita da pandai buat PRANT SCREEN. hihi. :).

thanz kat sepupu kite. (^o^)


bye. :)
Meh Tinggalkan Comment Korang

Thursday 25 August 2011

Selamat Hari Rayew

Assalamualaikum. tak jawab dosa kalau jawab sayang kat kite. hihi. kite da kat rumah. dah balik cuti pon. tinggal adik kita yang kat uia tu je belom balik lagi. petang ni baru dia balik abah kita ambik dia. taon ni kan, macam tak semangat pon nak raya. padahal radio dah bingit-bingit dengan lagu raya.

kawan-kawan kite semuanya da semangat beli baju raya berpasang-pasang. kita pulak, satu pun kite tak beli lagi. banyak kuar duit ada la. semenjak kita bawak kereta kat unisel. banyak betul kite kuar duit. macam-macam dugaan. nasib kite ada kawan yang boleh tolong kite. lupa matikan lampu sampai bateri habis, tayar pecah la. macam-macam hal jadinye.

taon ni kite tak tahu balik kampung bila. jangkaan raya selasa ni. abah kata nak balik malam raya kot. kite raya kat kampung pun tak berapa nak lama kot. cerite pasal raye ni, lain btol berbanding dengan zaman dulu-dulu. kalau dulu raye 2 minggu sebelum raye da terasa bahang nak raye. taon ni makin kurang.

mungkin sekarang ni cuti raya sekejap je. kalau time kite kecik-kecik sebulan raya. lepastu nanti satu hari tu sekolah akan suruh murid-murid pakai baju raya masing-masing nak peragakan dekat kawan-kawan. siap bawak kuih raya lagi.

okay, tutup zaman kanak-kanak dulu.

rasa sedih pula meninggalkan Ramadhan ni. tak sedar kejap je kite dah nak raya. macam tak rasa puasa kan. jadi kesimpulannya,

KITEW NAK UCAPKAN SELAMATW HARIW RAYEW. MAAF ZAHIRW DAN BATINW. RAYEW NANTIW DATANG RUMAH KITEW YEW. * versi gedik

bye.
Meh Tinggalkan Comment Korang

Monday 22 August 2011

kemudahan kini

fon lama aku da mula buat hal lepas jatuh hari tu. hanpon aku ni da lama berjasa dengan aku. aku beli bermodalkan duit PLKN aku. even macam da ketinggalan zaman, tapi aku suka guna hanpon nih. huhu

aku punya yang warna merah tuu ~
.
.
.
.
.
ada can tak aku nak mintak fon baru ?
.
.
.
tiba2 aku rasa macam tertarik dengan hanpon nokia C3 ni. walaupun tak berapa banyak fungsi kot. tapi aku tertarik dengan rekabentuk dye. tambah pulak colour pink, memang nampak menarik la. tak kisah lah orang sibuk nak mencari blackberry ke, ipad ke, galaxy or apa2 pon. tp aku tertarik dengan fon nih. ada sesiapa nak sponser aku ?
.
.
tak mahal pon, aku servey dalam area rm300+ da dpt. sponser la aku . huhu



Meh Tinggalkan Comment Korang

Friday 19 August 2011

one fakta

kita takkan sedar kita menyayangi seseorang sehinggalah kita ia pergi jauh dari hidup kita :)
.
.
.
.
mereka penyeri hidupku
.
.
ketawa
.
.
sedih
.
.
menangis
.
.
gaduh
.
.
i love them so much !
.

gambar sekadar hiasan

* pssst ! orang lain dah sibuk beli 4 5 pasang baju raya. aku satu pun takde lagi . hmmmm :(
Meh Tinggalkan Comment Korang

Tuesday 16 August 2011

TAK PENTING PON.

hye my blog :)
lama kot aku dah tak duduk update blog aku ni. malam ni tiba-tiba tergatal pulak nak jenguk blog aku. bila terbangun dari tidur ni, susah pula dah nak lelapkan mata ni. dah penat duduk kira bilangan biri-biri melompat-lompat pun tak boleh nak lelap jugak. alahai la mata :)
mentang la esok cuti sempena Nuzul al-Quran. yahoooo. memang nak suruh aku balas tido untuk seharian kot. haha.

             
   
manusia memang tak lari dari keegoan. biasa la untuk maruah diri. kalau jatuh malu, malu beb. aku pun sama je. kan manusia-manusia yang bernafas ni suka cakap " biasa lah manusia takde yang sempurna " . ada ke yang nak cakap hidup ni sempurna ? alhamdulilah, aku masih mampu bernafas. aku dah hidup 19 tahun 7 bulan lebih. bila orang tegur buat muka seposen, dalam hati kutuk tak sudah. " macam lah kau ni baik sangat, kau pun macam ni macam tu jugak.. bla bla bla n bla... " sifat manusia memang normal dengan perasaan ego tu. mana boleh jatuh kat mata orang lain. mesti la nak up. lidah ni pun tak ubah nak mengumpat orang sana, mengutuk orang sini. alahai la lidah, tiba-tiba menjadi bahan pula kan. haha. * sebnrnya aku takde tajuk nak buat. huhu. aku duk tengok blog orang best je susun patah perkataan. yang aku ni. entah apa-apa aku duk merepek.

OK BYE. :)

Meh Tinggalkan Comment Korang

Thursday 11 August 2011

sisipan gambar dengan kawan

 bila aku dan rakan-rakan ceria konpem kamera melakarkan cerita kami.
.
.
.
.
aku, eila, zira
.
.
.
.
gambar ni aku nmpk gemok
.
.
.
.
no title
.
.
.
kat kelas. tungu lecturer
.
.
.
solat terawikh
.
.
.
buka pose. zira belanje
.
.
.
^o^
.
.
.
kawan akan membuat kita tersenyum, tersedih. suka duka
.
.
.
deena , aku
.
.
buddy forever aku
.
.
classmate
.
.
roomate 
.
.
DLL.
.
.
kalau nak upload gambar memang banyak. dengan gambar tersirat cerita bila bersama. jadi tak payah nak malu bila bergambar. bila tengok kembali akan buat kita tersenyum.
sisipan aku bersama dengan rakan-rakan sepanjang semestar baru. kawan tak perlu memilih.
biar ramai kawan tak payah musuh:)
.
.
.
.
no subtitle.
.
.
WILL BE CONTINUE..
.
.

Meh Tinggalkan Comment Korang

Monday 8 August 2011

rezeki, Alhamdulilah :)

Alhamdulilah.. walaupun beberapa hari ni aku dihantui dengan satu masalah yang gempar.. nasib aku masih boleh bertahan dan tabah untuk semua itu.. semalam 8 Ogos, Alhamdullah rezeki masuk. Unit kebajikan Unisel beri sedikit bantuan kewangan yang disampaikan oleh Sultan Selangor.. Dapat la membantu cover sikit.. hihi.

Aku nak ucap terima kasih dekat orang-orang sekeliling aku yang mendengar keluh kesah aku. tak pasal-pasal menjadi tempat pelepas kebengangan aku.. Tapi still cool dan nasihatkan aku.. Alhamdulilah.. hidup semakin disinari suria.. walaupun kadang-kadang masalah menghantui fikiran.. tapi tak boleh nak buat apa.. perjalanan kehidupan yang membawa pengajaran untuk pengalaman hidup..

Mak selalu kata, kalau orang buat salah kita kena berusaha untuk memaafkan orang lain.. tak perlu nak dendam-dendam.. besar pahala orang yang memberi kemaafan walaupun dia kutuk kita setinggi mana pun.. mungkin perasaan ego ada di dalam diri aku.. tapi aku cuba untuk membuang segala keegoaan, kebenganggan aku terhadap orang lain. aku nak belajar untuk memaafkan orang lain.. lebih-lebih bulan puasa yang mulia ni.. InsyaAllah.


AWAK,TERIMA KASIH NASIHATKAN SAYA OKAY . :)
TERIMA KASIH JUGA PINJAMKAN TELINGA AWAK TU UNTUK SAYA.

Meh Tinggalkan Comment Korang

Sunday 7 August 2011

tepuk dada tanya hati

hari ni dapat melihat kebodohan sendiri. siapa menduga. suatu langkah yang tidak terjangka, boleh membuatkan sesuatu porak peranda. hhilang semua keceriaan. yang ada cuma senyuman kehampaan. dimana orang mula akan memandang dengan hanya sebelah mata. sekarang baru kita tahu di mana kepentingan, kepuasan diri sendiri nak terserlah. baru sekarang nak tahu istilah pandai pandai membawa diri. kalau tersalah memang binasa diri.
tak guna nak duduk kesal. duduk menggunakan istilah " kalau ". hanya mampu muhasabah diri. pengajaran untuk menjalani kehidupan. kadang-kadang ada juga bisikan menyalahkan diri sendiri. bila dah terjadi, perlu ke aku nak menyalahkan diri sendiri. ya, mungkin salah aku sendiri tidak meneliti sebelum melakukan sesuatu. 

" tepuk dada tanya hati ".

aku hanya mampu berdoa, semoga apa yang terjadi mampu menjadi pengajaran dalam kehidupan.
Meh Tinggalkan Comment Korang

indahnya kehidupan

perjalanan hidup tak mungkin sama. ada yang tinggi. ada yang rendah. ada yang atas ada kat bawah. tak semua hidup senyum meleret memanjang. tak juga meleret nak mencuka. kadang-kadang diri terasa macam kerdil. punya nak merendahkan diri. tapi perjalanan hidup mesti sentiasa diteruskan. siapa akan sangka yang merendah diri mencapai kemuncak tertinggi. kadang-kadang apa yang kita sendiri lakukan tidak sama yang kita hajati dalam lumrah kehidupan. kadang-kadang manusia lalai dengan keindahan keseronokan dunia. sampai lupakan diri untuk bersyukur dengan apa yang telah ada.kelalaian dikejar kewajipan diambil endah tak endah.manusia kadang-kadang selalu berkata " sabar, segala yang terjadi ada hikmah ". tapi kewajipan, tidak dilakukan dengan setelus hati. kadang-kadang bila yang menegur, kita memandang serong kepadanya kembali. mengungkit kesalahan penegur itu kembali, tetapi bukannya kita nak menjadikannya satu cabaran hidup. 

manusia,
kerap ego dengan diri sendiri. susah untuk mengakui kesalahan diri sendiri. menunjukkan diri yang terbaik. tidak mungkin mengaku kalah terhadap orang lain. bila nama dikejar, hendak dilaung-laungkan. sebesar mana keegoan manusia ? aku hanya memperingatkan diriku sendiri.


letak tangan kat dada. Alhamdulilah. aku masih bernafas.
cuba nak menginsafi diri sendiri. fuhhh ..

Meh Tinggalkan Comment Korang