Wednesday, 25 January 2012

PADAN MUKA :)



25 . 01 . 2012


PADAN MUKA.
kan kena marah dengan aku malam ni.
lepas ni pape pun gitau aku tau.

AKU SAYANG KAU LA PAKCIK.

Meh Tinggalkan Comment Korang

Monday, 23 January 2012

KAU AKU


24/01/2012

Malam tadi macam biasa cakap kat telefon. and macam biasa mesti kita nak cerita benda yang sama kan ? BOSAN. hehe

Aku nak cakap thanz dekat Bayan, kalau tak En. Perak ni dah hisap dah ROKOK tu. Tu baru betul sahabat, dia support kau dari hisap rokok, bukan kawan yang mengejek kau kalau kau tak merokok. :)

InsyaAllah, apa yang kita bincangkan, apa yang kita fikirkan jadi sumber utama untuk kita berjaya okay ?
Lepas ni dalam bulan 3 baru kita jumpe balik kan. It's okay. Lagi elok kita jarangkan berjumpa. Sekarang kita target untuk mencapai kejayaan dalam hidup kita. Tak lama pun lagi kita nak genggam segulung ijazah kan ?

Encik Perak, aku sekarang nak kau pikirkan ini.

  1. Buat mak gembira, and jangan buat mak sedih. Biarkan ketepikan aku, tapi jangan ketepikan mak. Sebab family first. Kalau mak kata jangan, jangan lah.
  2. Habiskan belajar and jangan sampai repeat. Sampai kau dapatkan segulung ijazah. Jangan nak pikir benda yang tak sepatutnya.
  3.  Kita kurangkan jumpa okay, sebab kalau kita jumpa berkat dalam hidup kita kurang. Mungkin aku tak terbaik mana, tapi sekurangnya aku tanamkan azam untuk berubah. insyaAllah.
  4. Kita dah jarang baca al-Quran kan, kita cuba amalkan nak tak ?
  5. Jangan merokok, sebab dah terang-terang benda tu haram and fikirkan orang sekeliling yang bau asap rokok tu. Ingatlah orang tersayang. hehe
  6. Jaga diri bebaik kat sana okay. Benda yang tak elok jangan ikut. Aku tahu kat sana banyak godaan kan. Ikut mana yang baik, jauhi mana yang buruk. Latar belakang setiap individu tu berbeza.
Cukup la tu kot, nanti agak-agak aku dah ingat ape benda aku sent mesej je. Hmmm, aku dah baca dah blog yang latest Enci Perak update tu. Lupakan la semua tu. benda dah lepas. Mulakan yang baru okay. 
eh, pasal En. Amin tu aku anggap dye macam abang aku aje. Jangan risau okay, aku bukan seorang yang mudah untuk menyayangi seseorang itu. insyaAllah. 

pssst, Encik Perak dah makin maju buat blog. hehe :)




Meh Tinggalkan Comment Korang

Thursday, 19 January 2012

SI MANJE


20.01.2012

Hari ini aku duduk termenung, dari dalam cermin kereta aku termenung melihat pemandangan luar. Fikiran melayang.

Pagi ini aku puas, dapat jumpa dengan Didie. Aku nak cerita luahkan semuanya dekat dye. Tapi, aku harus menjaga hati seseorang. Terima kasih En. Perak bawak aku jumpa dengan kawan baik saya di INTEC tu.

Pagi ini juga, aku dah luahkan kepada En. Perak. Mengenai perasaan aku. alhamdulilah, dye memahami apa yang aku katakan. Bukan aku tak nak sayang kau En. Perak, tapi kau sendiri faham macam mana keadaan aku. Bukan senang nak menyayangi orang lain dalam sekelip mata kan.

Pagi ini gak, aku cakap dengan En. Perak andai aku tak mampu untuk menyayangi dye, aku ambil keputusan untuk single. And dye terima apa jua keputusan aku. Semua ini aku cakap secara live, depan-depan muka lagi. 

Terima kasih semua, kawan-kawan aku. Ambil berat pasal aku. En. A cakap, buat apa nak membazirkan air mata untuk orang yang tak ambil kisah pasal kau, air mata tu satu yang berharga katanya. Orang yang baru mengenali aku lebih memahami aku. Terima Kasih ya.

Cik Eila dengan Cik Sikin pun terima kasih ya, aku macam budak tak matang kan mata sepet menangis semalam. hihi. Padahal dah nak masuk 20-an. macam budak tak matang kan. Okay, aku cewek manje kan. hehe. Ya, betul kata Cik Eila, even kte jauh pun kite tatap kawan sama-sama. ada masalah kita boleh kongsi.

Terima Kasih lagi sekali. aku sayang semuanya. Walaupun perasaan aku still tak menentu. :')

Meh Tinggalkan Comment Korang

ENCIK. PERAK


Encik Perak,
aku mintak maaf ye dekat kau, aku banyak menyusahkan kau. Aku tahu kau ikhlas menyayangi aku. Tapi layanan aku dekat engkau begitu kejam kan. Masa aku tulis entry ni pun aku masih lagi menitiskan air mata. Maaf, aku menangis-nangis dekat kau. Tapi aku tak beritahu apa punca aku menangis sampai macam ni sekali. Dua tiga hari ini layanan aku dekat kau teruk kan ? 

Maafkan aku,
Aku menangis disebabkan oleh En. H. aku tahu mesti kau paham maksud aku kan. Aku insan yang lemah. Aku tahu, kalau kau baca entry ni mesti kau kecewa dengan aku. Mesti kau sedih kan. 

Maafkan aku,
Aku tahu, kau pun tahu aku masih sayangkan En. H. Tapi kau paksa diri kau untuk memahami aku. Teruk bukan aku ? Semua berpunca dari aku. Aku terlalu tamak. Teruknya aku.

Tapi lepas apa semua yang berlaku ini, aku akan cuba perbaiki diri aku. Mungkin aku terlampau nak obses dengan cinta pertama, sampai aku menyeksakan diri aku sendiri. Hidup seperti tiada hala tuju, aku lemah. Tolong marah aku. Marah aku.

Aku lemah. 
Marah lah aku.

Meh Tinggalkan Comment Korang

Tuesday, 17 January 2012

JUST SMILE


ye, lama gila aku tak update blog ni. kalau nak diikutkan banyak yang aku nak cerita. tapi tak berkesampaian. biarlah aku memendam segala apa yang tersirat. tak semua benda kita boleh kongsi kan.

17/01/2012
ada cerita dengan abang and pakcik polis. nasib abang polis semalam tu kacak. 
tapi, memang jadi sejarah kot. ceritanya, BIARLAH RAHSIA.

18/01/2012
kadang-kadang rasa gak dah tertahan dengan apa yang berlaku. keceriaan, senyuman begitu perit aku rasa macam nak ukirkan dibibir. cuma bila aku bersama dengan kawan-kawan, housemate sedikit sebanyak mampu menenangkan hati dan buat bibir ini tersenyum. hidup ini begitu indah kan kalau kita pandai nikmati. semuanya bergantung pada kita sendiri untuk mengukirkan dan mencorakkan perjalanan hidup kita. aku 

Aku hanya berdoa semoga segala apa yang berlaku berakhir dengan satu kenikmatan kehidupan yang amat indah.


classmate

handset dan jari bersama milik classmate aku


housemate, baik hati belanje aku

with hazira, roomate sikin. aku dah duduk dengan dia ni
dari sem 1 lagi. hari ini dah masuk sem 5.

roomate baru, sem 5



Meh Tinggalkan Comment Korang