Friday 29 April 2011

Cerita Semalam

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

gila lama aku tak post dekat entry blog ni padahal baru masuk 2 hari. HAHA. sebab aku nak mengupdate tajuk-tajuk baru amat lah payah nak berfikir. siap nak reka-reka ayat lagi. sebenarnya macam banyak nak story, tapi bila dah dapat laptop ni macam payah pulak nak tulis apa.

okay. aku dah full stop untuk kerja. Sekarang ni aku hanya hendak kerja sebagai seorang guru tuisyen dan tolong memperkembangkan perniagaan bapak aku.( tak lah besar mana poon ) boleh la masuk sikit-sikit income untuk aku duduk rumah ni. dari asyik membesarkan badan. ramai dah kata aku gemok. tak kisahh pon. :)

semalam malam aku menamatkan hari aku bekerja kat situ. sengal. gaji aku tak dapat lagi. cerewet betul lah. macam-macam trick la tu nak buat. konon mintak nombor akaun aku. kalau tak masuk gak dalam akaun tengok lah aku angkut barang-barang kat kedai tu. Sengal lah !. ops. emo pulak.
lepas tu macam biasa jumaat malam sabtu adalah hari-hari untuk aku mengajar tuisyen. penat sungguh melayan kerenah diorang. sabar je la kan. tapi nasib ada income la kan.

dah lama rasanya tak main bowling. ini semenjak mamat tu ajar aku nak main la ni. maklumlah nak release tension. takpe. hari ni kawan aku dah habis exam. kita pergi main bowling nanti.

* tak sabar dah nak jumpa kawan-kawan minggu depan. reunion Pulau Pangkor :)
Meh Tinggalkan Comment Korang

Thursday 28 April 2011

lupa orang yg kita syg.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun. Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga..hehe

Saya hanya bagi straight to the point je senang tentang cara-cara nak lupakan seseorang ni tak payah nak pening-pening kepala baca panjang-panjang.

1)   Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe


2)   Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.

Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan..


3)   Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.

Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.


4)   Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.

Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe


5)   Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.

Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya..


Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya..  “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”. Kepada kawan saya tu good luck ye.. Sekian.
Meh Tinggalkan Comment Korang

Wednesday 27 April 2011

sungguh membenci

dah lama aku tak post dekat blog. aku amat sibuk kadang - kadang sampai tiada masa untuk diri sendiri.

rasa sebak. sebak yang teramat. gugur butiran air jernih di kelompak mata. hanya TUHAN yang tahu betapa hati ini perit. tak mampu aku curahkan dengan kata-kata. aku bersyukur dengan segala yang aku miliki. dan aku tidak mahu berdendam dengan sesiapa pun meski hati aku terasa sakitnya. aku hanya mampu berdoa agar siapa yang amat membenci diriku melapangkan hatinya untuk memaafi diri aku yang tidak berapa sempurna ini. terima kasih kerana memberi nota sebuah perjalanan hidup.

mesti orang yang membaca berkata entah apa-apa. nak post sedih-sedih. kita tak pernah sangka hidup ini selalu indah. kadang-kadang orang yang berkata sayang akan menjadi benci. apa pun orang nak kata. blog ini hak milik aku. suka hati la. terpost jiwang :(
Meh Tinggalkan Comment Korang

Wednesday 20 April 2011

Package tak lengkap :)

Package 1

Hidup tak semuanya akan indah.dan yang indah itu lah menjadikan kenangan terindah di dalam minda.
gila melayang di dalam benak fikiran. kadang-kadang rasa diri sendiri kusut * gila kutuk diri sendiri. rasa berada di dunia fantasi.segala apa yang nak di lakukan serba tak kena. tension. keseronokan di dalam penipuan. penipuan dalam keseronokan. * melalut da. orang di sekeliling semua nak tunjuk dia yang best. dia yang bahagia.

stop tentang kusut.

Package 2
xtually nak tunjuk photo untuk hari first untuk kelas yang pertama unutk semestar 3.




time ni gila ngantok. pagi pagi dah kena drive kereta dari rumah nak gi kelas


kat dalam kelas. tunggu masa nak balik. 

Package 3

di kesempatan malam hari yang ada ni aku nak wish dekat Cik Iela.

happy bufday to you
happy bufday to you
happy bufday to Noor Fadilah
happy bufday to you !
muuuuuahhhxx !

pssst ' dengan nada yang sengau.

da cukup umur da. kini kalau kau nak tengok wayang 18 tahun ke atas da lepas dah. dah konfiden nak tunjuk ic dekat penjaga bertauliah sebelum nak masuk wayang tu. maaf lah aku tak dapat nak celeberate yang best-best untuk kau. tak seperti yang pakwe kau yang boleh bagi yang special-special. siapa suruh tarikh time aku tengah betul-betul pokai. memang langsung tiada duit. sory dear. tapi aku dah belanja burger ayam tadi kan. dah bawak kau jalan-jalan melihat pemandangan semasa on the way nak pergi ke kelas tadi kan. :). nanti lah tunggu aku jadi millionare aku belikan i-pad yang konon kau nak tu * aku pun pakai 3310 je.

semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu dan dicurahkan dengan perasaan yang tabah untuk mengharungi kehidupan akan datang.

selamat ulang tahun syg :)

p/s : esok bos aku dah takde untuk masa seminggu ! Yahooooo masssengerrrrr! HAHA :)

Meh Tinggalkan Comment Korang

Tuesday 19 April 2011

SAD

orang kata tak elok bila ada sifat cemburu. betul lah orang kata kita tidak boleh menipu bila kita dah sayang dekat seseorang, ia akan mengambil masa yang sungguh lama untuk melupakannya. segala kenangan yang tercipta tidak mungkin kita dapat lupakan. orang selalu berkata ada hikmah dengan segala apa yang berlaku. tapi kadang-kadang hakikat itu mungkin payah nak diperkatakan bila kadang ada sesuatu yang terlintas di fikiran. "kenapa ini yang berlaku". jodoh pertemuan ajal maut kita hanya berserah kepada yang Maha Esa. kita sebagai hambanya hanya mampu tabah untuk menjalani segala yang tertulis. bila kerinduan yang menemani kesunyian. air mata yang mampu meluahkan segala yang tersirat. Ya Allah, berikan ketabahan di dalam diri hambamu. Amin Ya Rabbal Alamin.
Meh Tinggalkan Comment Korang

something wrong

tak semua yang kita hendak akan kita miliki. dan tidak semuanya kita miliki akan kekal sampai bila-bila. sebab tu kecik-kecik lagi ibu abah atuk nenek cikgu ustazah mengajar kita dalam tak sedar dengan istilah bersyukur. Alhamdulilah dengan segala apa yang kita miliki. kadang-kadang manusia ini tidak bersyukur dengan apa yang di miliki. suka sangat nak dibanding-bandingkan dengan orang lain. bukan kita tak boleh capai dengan apa yang orang lain dapat. usaha lebih pasti lah dapat lebih. ini tak, suka sangat nak membandingkan dengan orang lain. kadang-kadang sampai nak buruk sangka. * dia guna bomoh la *dia tu kaki bodek . pot pet pot pet mulutnya. ingat nak ca*** je mulutnya. pandai-pandai lah nak jaga hati orang ya makcik pakcik sekalian. cuba kalau hati kau sendiri di siat-siat dengan bahasa yang agak ba*****.ni che' nak nasihat sikit, kalau agak muka tu macho kacak sangat jangan nak suka-suka hati keluar perkataan nak kutuk kutuk orang lain. kalau Yang Esa nak mencacatkan kehenseman tu tak sampai 15 saat pon.

apa yang di perkatakan tidak ditujukan kepada yang terasa. tidak ada kene mengena dengan yang hensem mahupun tidak hensem.
*gila tunggang terjatuh ayat aku.

SELAMAT MALAM :)
Meh Tinggalkan Comment Korang

Monday 18 April 2011

Selamat............*

saya disini ingin mengucapkan selamat berbahagia maju jaya kepada rakan-rakan yang akan menjalanani FINAL EXAM akan datang. Semoga berkekalan hingga usaha anda kalian akan mendapat kepada anugerah dekan. walaupun che' tahu che' tak sehebat anda-anda semua. * merendah diri . che' mendoakan kejayaan anda semua.
GOOD LUCK okay.

okay. gila merapu tunggang terbalik ayat aku. sebenarnya tak tahu nak buat entry apa pon. bila aku teringat kepayahan korang cerita-cerita pasal exam korang tu yang aku gedik nak wish dekat korang. kiranya aku baik lah kan nak wish good luck dekat korang semua sebelum mula exam kan. HAHA. tak payah lah nak tension sangat study-study tu okay. :) nanti dah jadi gila kawan-kawan aku.

okay "full stop".

coretan khas dari nanie rafi untuk budak yang nak exam.
Meh Tinggalkan Comment Korang

Sunday 17 April 2011

twin da balik :) i LOVE you More and MORE lah !

yahoooooo messsenger !
twin saya dah balik. ye ! ye !. gila macam orang jakun aku ni. bila nak cerita pasal twin aku ni. aku pun tak tahu kenapa orang panggil dia twin aku. dah banyak orang cakap muka kitorang seakan-akan nak sama. aku ingat lagi masa awal-awal sem 1 aku dengan dia masuk library, ada akak tu tegur, korang ni adik beradik ke ? muka sama je. kitorang kompem-kompem la gelak sakan kan. :) dan seterus-seterusnya ramai la juga cakap kami twin. xtually sebab kitaorang ni selalu berkepit kot. lepas dah rindu-rindu kami.  cuma belum jumpa lagi seorang sebab dia duduk hostel. esok pagi kompem aku pecut kereta nak jumpa dengan dia.

aku dapat cenderahati dari twin aku. dari luar Malaysia dia beli * made in Thailand :) . tapi aku seronok boleh main peluk-peluk cium cium dengan pemberian dia tu. sumpah aku sayang kau lebih sikit. HAHA :)

terima kasih ye sayang. I LOVE YOU lah more and MORE :)

twin saya. :)

yang warna warni tu Cik Iela bg.












ni dari sape ntah :)

I love you More la dak kecik :)
Meh Tinggalkan Comment Korang

Saturday 16 April 2011

Jumpa budak perasan hot :)

penat aku drive * tak sampai 15 mint pon nak jumpa kau tapi kau tak belanja aku pon !. kecewa sat .

tak jauh pun. dari rumah aku ke Klang Sentral berapa saat la . Disebabkan aku dah lama tak jumpa dengan kau, so aku rajinkan diri untuk drive kereta SAGA BKC 582 tu. janji 11.30 a.m tapi kau lambat 10 minit. tak menepati masa langsung !

stop .='=
sory. bukan aku nak marah atau mengungkit.:) lama tak jumpa dengan kawan baik. nak kata rindu tak poon. xtually dia selalu bagi advice la sangat. walaupun kadang-kadang apa yang dia nak sampaikan itu sungguh la menyinggung perasaan hati aku. ceh :) tapi apa yang dipercakapkan kadang-kadang ada betulnya. budak ni tak hensem pun tapi suka belagak hensem. HAHA.. 
jumpa dia pun sebab dia nak balik perak Uitm Sri Iskandar dia tu. Padan muka bas sampai lambat! nak nangis-nangis pulak bas lambat. hehe. dapat ke duduk sebelah awek ? mesti awek *ke***g kan :)

terima kasih untuk pemberian sesuatu tu even mengharap yang mahal sikit. hehe. aku hargai itu.
TERIMA KASIH YA :)


' thanz for the special word dekat telinga tu ' i too kot :) jumpa sebulan akan datang.
GOOD LUCK untuk Final Exam ni . Cabar dapat dekan :)
Meh Tinggalkan Comment Korang

Friday 15 April 2011

tak salah berangan :)

tak salah berangan. berangan-angan di malam hari. :)

Meh Tinggalkan Comment Korang

Susah hendak nak melupakan orang yang kita sayang :(

mampukah aku menangkis segala perasaan rindu dan sedih. mampukah aku untuk tersenyum ketawa dengan seikhlas hati. melupakan segala MEMORI TERCIPTA seperti dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Kisah KAU DAN AKU. kadang-kadang kita hendak kebahagiaan itu berpanjangan tapi tidak mungkin disangka akan menjadi suram dihujungkan dengan kegelapan. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang dan berdoa kepada yang Maha Esa. Disaat berkongsi segala suka, ketawa, gurauan, pahit, manis sedih bersama-sama. Tidak kisah lah bersama kaum Adam mahupun kaum Hawa.

Kita hamba-Nya yang tidak pernah terlepas dari kekurangan diri dan cabaran dalam hidup. aku mencuba untuk menghilangkan sifat sedih dan suram dalam kehidupan aku hari-hari. Bila kita menangis, orang akan kata cewek, manja, gedik ='=. tapi itu kepuasan seseorang itu. Perempuan adalah insan yang sensitif. tidak aku menafikan lelaki juga tidak kurang adanya yang menangis. sebab menangis memang kepuasan diri. Tidak perlulah nak mengelak-gelak kan orang lain. Hak individu itu sendiri okay.

Mesti rasa geli macam membawa posting aku. tapi itu lah perasaan yang aku nak lakarkan. Aku hanyalah insan yang kerdil yang penuh dengan kekurangan diri, tidak mampu untuk mengembirakan dan membahagiakan orang lain walaupun terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Okay. aku jahat. siapa nak ngorat aku pikir 4-5 kali :)

Bila aku mula mendengar lagu Jangan Pernah Berubah oleh ST12. perasaan sayu akan menguasai diri. Return kat tajuk. Bila kita sayang dekat orang pasti kita akan susah untuk melupakan. Bak kata pepatah yang selalu aku dengar,

"HIDUP TIDAK SELALUNYA INDAH TETAPI YANG INDAH ITU TETAP DALAM KENANGAN".

aku tidak menyalahkan. mungkin aku mempunyai kekurangan diri yang tidak sempurna untuk diri orang lain. Kita hanya mampu berdoa agar oarang yang kita sayang dan di sekeliling kita akan sentiasa berbahagia dan sejahtera.

Aku perlukan penjelasan yang kukuh ='=


Lirik Lagu ST12 Jangan Pernah Berubah
biarkan waktu teruslah berputar
ku cintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
malah kini kau ucapkan selamat tinggal
membuat keresahan

* meninggalkanku tanpa perasaan
hingga ku jatuhkan air mata
kekecewaanku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan

reff:
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah

repeat *
repeat reff

jangan pernah kau coba untuk berubah
ku relakan yang indah dalam hatinya
Meh Tinggalkan Comment Korang

Thursday 14 April 2011

Andainya Lelaki Tahu :)

okay. ni aku copy paste saja. tapi maksudnya untuk memahami antara satu sama lain :)


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
Meh Tinggalkan Comment Korang

Gambar syok sendiri :)












memang gedik bila ambik gambar syok sendiri. kalau nak tengok memang ramai yang letak gambar diorang yang syok sendiri kan. Cuba tengok dekat facebook-facebook orang memang banyak gambar syok sendiri kan. so, itu hak individu tersendiri oke :)

conclusion :)


Meh Tinggalkan Comment Korang

Tuesday 12 April 2011

Perubahan Alam Baru

Hye guys !
oke. nangis memang memenatkan tapi terlepas sekejap semua yang terpikul. tutup part nak feeling :)

hari ini agak memenatkan dengan segala tong-tong yang dipikulkan dekat bahu aku. bila nak meng'iyakan segala yang diletak.

1 - aku diberikan tugas untuk buat marketing dengan menggunakan email syarikat. bosan !

2 - bookingkan tiket melalui on9 Air Asia untuk bos aku dia nak pergi Guangzhou China. Part ni aku suka-suka-suka bos aku nak berhijrah kat sana ada keje kat sana kot . Yahooooooooooo messenger ! :) seminggu aku tak diusya dengan bos aku ! kedai tu jadi kedai aku. yeeeepee ! :):):)

3 - hari ini aku dapat buat SALE :). pandai aku bodek customer ! hari dapat untung lebih. dalam RM 900 ++.

4 - tak best part ni :(. aku dibebankan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan bank. salah kira lingkup aku ! :( . nasib bos kata dia datang lambat esok. so, aku buat lewat-lewat sikit.. HAHA :)

tutup pasal kedai ='=

aku macam hilang sikit mood untuk belajar tapi aku ingat aku pernah janji dengan seseorang nak belajar betul-betul and dapatkan segulung ijazah untuk tunjukkan kepada dia. InsyaAllah :)

orang di sekeliling aku cakap aku da berubah ? mata aku takde sebelah ke ? hidung patah ?

orang 1 : nani, kenapa engkau dah tak ceria ? senyum tak ikhlas .
nani      : lah. aku dah senyum sampai telinga . ='=

orang 2 : kau dah tak banyak story dengan aku. kenapa ? ada apa-apa yang dipendam ?
nani      : ='=

orang 3  : aku tempahkan makanan favourite kita. tapi kau tak sentuh pun kan ?
nani       : tukar selera :)


nothing to display ='= . [bukak diari]
Meh Tinggalkan Comment Korang

Monday 11 April 2011

cry :(

okay. aku nangis malam ni bila aku terlihat gambar-gambar dia. :(

i miss him sangat2 !
Meh Tinggalkan Comment Korang

aKu merindu aku menyayangimu

aku mengingatimu dengan penuh dengan kesyahduhan. dimana tempat aku sentiasa berstory bersamamu selalu. saat aku pelukmu dan basahkan baju mu.

siyes aku rindu gila-gila kat kau. kenapa kau jauh sangat dari hidup aku. aku dengan penuh ikhlas nak menyayangi insan macam kau. rasanya da lama aku tak jumpa kau kan. last jumpa masa puasa kot. ingat lagi aku mula-mula yang tegur, time tu muka sombong nak habis lah. belagak betul. hidup nak sorang-sorang je. nasib aku ni peramah, so nak lah tegur engkau kan. rasa nak nangis pula bila ingat kat kau secara tiba-tiba. kau sahabat yang aku sayang sangat-sangat. kau banyak bagi support kat aku. Kalau aku tak pergi PLKN tu mesti aku tak kenal kau kan. kau baik gila dengan aku. Ngumpat pun sama-sama. sampai ada saja yang jeles dengan kita kan. syg, aku siyes senang dan seronok berkawan dengan kau. Even kita memang jarang contact dengan kan.

ingat masa aku dan kawan-kawan aku dtg dekat Ole-ole.. jumpa terus lari da macam filem hindustan..HAHA. tbe-tbe terjerit-jerit depan orang bayar zakat pulak tu. Peluk ketat-ketat dah tak tengok keliling dah. pergh. aku rindu giler la sayang dekat kau ! Kenapa engkau delete facebook kau ! selalu aku akan story dengan inbox kau :(.. syahdu aku jadinya.. sob3.. tarik hingus. Aku tengok muka kau dengan fb Danny Neutron, sumpah aku tbe-tbe ingat kat kau terus nak text kau !

Nani : syg ! aku rindu giler la dekat kau !
dia    : aku pon. datang la sini nani syg :( macam-macam aku nak story kat kau !
Nani : aku bz la yg. sibuk keje . aku ponnn. macam-macam aku nak story !
dia    :riiinduuu......:(  keje pe ? da jadi ustazah ke? kau dengan ' teet" lagi ke ?
Nani :  ='=

Wan Nordiana Bin Wan Khusni. sumpah aku rindu dekat kau !

* kalau si kalut telepon kau mesti kau terus kol aku nak story kan ? HAHA

wan nordiana wan khusni

kami yang hot di KJM :)

sayang deedee :)

:)


member kepada pakwe deedee .he's amin :) sbnrnya nak cakap pendeknye aku !

aku tak tahu apa yang aku buat

miss you !

deeedeee!

i love you sooo muccchhh ! :) miss you !
Meh Tinggalkan Comment Korang

Saturday 9 April 2011

LAgu

tiba- tiba aku nak dengar lagu ST 12. Jangan Pernah Berubah. tup-tup perasan nak sedih-sedih pulak muncul la kan. walaaupun kadang-kadang aku boleh kawal. tapi bila macam ini susah la pula kan nak control. remote da hilang fungsi or bateri remote dah kendem. tak tukar baru lagi. oke. jeles tengok diorang yang dengan bf and gf diorang la kan. aku dah takde naka macam tu. sob3. tarik hingus jap.

okay. just naka cakap entry ini I MISS HIM SO MUCH. hopefully awak sihat dan happy okay even sy dah tak berapa tahu pasal awaak.. :(

lagi entry. asal tiba-tiba aku nak letak lagu lembaap-lembap ni ? Anuar Zain, siapa yang tak kenal dengan mat romeo la kan.jejakaa idamn melayu Malaysia. yeke ? aku tak pon :) da kompem-kompem lagu diaa slow-slow karat punya. mula-mula akau dengar pun da naik bosan mengantuk. tapi maacam best pulak rasanya bila aku tacapkaan dekat blog aku. even blog aku kali ini saja aku nak buat yang simple-simple. tak lah hot-hot macam yang lain kannn. okay korang punya blog best la kan.. aku punya je yang simple macam membosankan kan ? blog aku kan.. HAHAA.

okay. jam daa lewat sangat ni. mandi pas baalik keje tadi pun belum, balik terus On9 tak mandi-mandi. abah dah bising . ='=
fakta - mandi pada waktu malam adalah tidak elok ya pembaca . :)

p/s thanz lepas balik kerja tadi belaanja aku makan ya. dia kata kalau belanja makan murah rezeki. insyaALLAH :)..
pssttt pssttt.. nanti belanja lagi ya ... :) terima kasih.
Meh Tinggalkan Comment Korang

Friday 8 April 2011

Kisah la sangat

kisah satu

bukan nak mengumpat atau mengata. tapi nak story telling sikit la untuk mulut someone ni. ada ke patut main lepas je perkataan dari mulut someone ni. Kalau betul lah nak jujur pun. ber agak-agak la mak cik. Lapik-lapik kan mulut dengan berlapis-lapis tebal-tebal sikit. Nasib aku still hormat lagi ya. baik anak cik rafi ni. HAHA :)

- tak payah la nak komplen buruk lebih-lebih. biar puji yang terlebih
- nak tegur banyak sangat macam lah perfect sangat kan
- hormat menghormati lah antara satu sama lain kan

* padahal bengang, terpaksa buat keje lebih lepas kena komplen. letih tangan aku :(

kisah dua

memang susah bila nak control budak-budak ni. da macam mak tiri dah aku malam ni jadi garang-garang. mana taknye, aku suruh buat kerja boleh pulak main lari-lari kan. punya semangat aku jadi cikgu kat tempat conteng-conteng papan putih macam-macam corak tak bagi fokus. padahal aku pun sama kot masa kecik-kecik tapi tak lah seteruk kanak-kanak ini.

Alhamdulilah, dapat lah aku cari duit untuk perbelanjaan untuk memenuhi kehendak aku. tambahkan sumber pendapatan. Bila aku mengajar tuisyen ni baru aku tahu tak lah senang nak jadi seorang pendidik. Macam mana lah cikgu-cikgu boleh bertahan dengan bermacam kerenah budak yang ramai kan. aku yang baru ngajar tuisyen untuk 5- 10 orang da fed up. apa entah lagi yang satu kelas. itulah cabaran seorang pendidik kan.

* dah dapat gelaran cikgu. HAHA. kelakar pula bila diorang pangil macam tu. "Cikgu Nani". macam comel pulak nama tu..HEHE. oke2. aku nak berangan kejap pun tak boleh. :(.. tapi bos aku tempat aku keje tu boleh pulak nak pangil aku cikgu lah kan.....:)
Meh Tinggalkan Comment Korang

Wednesday 6 April 2011

Manusia punya RAGAM

aku nak story tentang manusia. manusia macam-macam ragam dekat dunia kan ? okay. firstly kalau nak story sebab manusia talam dua muka. what means of talam ? yang aku tahu kuih talam je. :) yang aku tahu kalau talam dua muka ni mengenai manusia yang baik pada pandangan kita tapi hakikatnya sebalik itu. kiranya bahasa kasar berlakon baik la kan. tapi macam mana dengan berlakon baik jadi jahat. talam dua muka gak ke ?

secondly, bila manusia ni suka menipu dirinya sendiri. bila membuat sesuatu keputusan rasa macam perfect dalam diri tapi hakikat itu adalah sebaliknya. sebab manusia tu nak kepuasan untuk dirinya sendiri. padahal terasa macam ada yang kekurangan dalam diri dan kesempurnaan tu diperlukan daripada orang lain. short sentences yang best kiranya macam BELAGAK la.

thirdly., manusia kadang-kadang tidak menghargai apa yang sudah ada di depan mata. rasa macam apa yang didepan mata tu bukanlah sesuatu yang perfect untuk dirinya. rasa apa di sepan depan mata macam perkara yang remeh temeh. benda leceh. buat apa nak ambik tahu lah. alaa.. da lam pikiran just cakap " small matter la tu ". padahal umur da semakin meningkat nak jadi tua dah.

aku nak cerita just pasal sesetengah manusia apa yang aku lihat. termasuk diri aku sendiri. rasa macam semua kat atas tu ada kot.. HAHA. ke ada apa-apa yang terasa ?
just one thing.
NOT PEOPLE WAS PERFECT IN THIS WORLD. CUBA HARGAI APA YANG DAH DIPEROLEHI. MENSYUKURI SEGALA YANG ADA. BUKAN TAMAK UNTUK MENDAPAT SESUATU YANG LEBIH PERFECT DAN BELAJAR MENGHARGAI MANUSIA LAIN. :)
Meh Tinggalkan Comment Korang

Hari ini hari Rabu, tolong bagi pendapat Kamu :)

lebih kurang da masuk minggu ke dua plus lebih-lebih dah aku dah keje. bila aku nak cerita pasal pengalaman-pengalaman aku baru kerja ni. bole tahan la. sebab kerja yang aku buat nih aku kena buat sale. kat sini aku xsemestinya macam kerja. tapi lebih diperluaskan dengan ilmu-ilmu juga.bab-bab main wayar tu. sampai ada jugak la yang tengah syok-syok sambung wayar nak tunjukkan lampu menyala dekat customer, tup tup terbakar. habis kain aku terbakar, berlubang pulak tu. :(. bertambah dah corak dekat kain aku tuh. lagu kain aku yang sama beli dekat Kelantan dengan Cik Iela. huhu.

Pada hari ini aku dah diberikan tugas untuk mengupdate cantikkan BLOG tempat aku keje tu. Kiranya nak buat promotion la. Apa la idea aku nak buat. Dah la BOS aku tu macam cerewet..heee~

oke. ni blog tempat aku nak sale tuh. apa pendapat korang. macam mana nak cantikkan BLOG tu. yang asal ni, orang sebelum aku yang buat. aku just kena renovate supaya nampak lagi menarik dan tertarik bagi pandangan korang. ada sebarang cadangan ? Help me !..huaaaaaa..

     antara yang ada kat sini
1. jual lampu yang cantik-cantik
2. buat wiring
3. jualan kipas
4. jual barang letrik

bagi lah pendapat. :)

p/s terbawa-bawa da sampai ka rumah nk buat kerja kat office. da macam kerani da aku.
Meh Tinggalkan Comment Korang

Tuesday 5 April 2011

Cerita Sekolah Rendah :D

Betul lah bila cikgu sains kata bumi kita ni bentuk sfera kan. pusing-pusing kita ni berdiri dekat tempat yang sama kan. nie story da lebih 7 8 tahun dulu kot. tak sangka pula dapat jumpa balik kawan lama yang dah lama tak berhubung. dulu tu kecik je, zaman-zaman tok kaduk comot-comot lagi. sekarang aku makin comel kot.HAHA. perasaan sendiri. balik sekolah petang kita tunggu jalan sama-sama. Shazwan Hashim. ingat lagi kau kat aku kan. aku pun ingat lah. banyak sejarah tu. HAHA. kalau ingat mesti kita nak gelak-gelak kan. sampai bila pun tak habis kot. :) . ingat masa dekat pokok besar dekat dengan dataran loji yang tepi sekolah tu. selalu kot main-main kat situ. tapi tempat tu dah takde :( da ganti dengan tadika. tak apa. kalau kenangan takkan mudah lupa dalam ingatan kan. kau tulis dalam buku ingatan kau! :) . kalau nak cerita story memang banyak la kan. da penat aku rewind tersengih-sengih. budak-budak la kenangan best. rasa nak jadi budak-budak je. HAHA. tapi tak boleh la kan. kau da nampak tua. aku nampak comel..HAHA . gurau je :)

p/s kenangan oh kenangan :)
Meh Tinggalkan Comment Korang

First Starting

Kali ini aku saja nak cretae account yang baru untuk blog ini. Yang lama tu bukan aku buang. saja aku dok untuk privacy kan. Orang-orang yang tahu je boleh bukak dan pandai cari :). Tapi yang lama tu da lama aku tak duk update dah.

Reason.

1.. aku da jemu tengok cerita-cerita kat dalam tu.
2.  banyak sangat cerita-cerita sejarah kat dalam tu.
3.  malas nak renovate da.

malas dah nak bagi reason banyak-banyak. input sikit-sikit cukup lah.

p/s aku tak pandai nak karang cerita. kalau baca then tak masuk akal jangan gelakkan aku. :)
Meh Tinggalkan Comment Korang