Sunday 10 March 2013

;'(


hidup tak semestinya indah, dan rase x indah tak semestinya rasa tak indah. Minggu ni rase down teramat. Stress jangan nak cakap.
mungkin sebab tiada tempat untuk meluah, mungkin mulut tak terlepas dengan kata - kata. Siapa akan sangka muka yang tersenyum, ketawa adalah sandiwara bersahaja.

Apa yang mampu aku lakukan, hanya berkorban perasaan. 

Ya Allah,
jika benar dia jodohku, dekatlah hatiku dengannya. Dan jika tidak kau aturkan lah perjalanan hidup yang terbaik bagiku.
Amin Ya Rabbil Alamin.




Meh Tinggalkan Comment Korang

Monday 11 February 2013

the star


hye
nak into ape ye? da lama x bersajak, berpuisi, benyanyi, bernasyid. hehe.
konon je. padahal tak pernah pon. hihi.
angin ribut pape ntah tetiba tangan ni gatal click kat blogger yang da usang nih.
opss, aku muda lagi, blog ni yang usang. haha

nak thanz kepada encik yang dah membuka telinga dia yang luas-luas nih untuk mendengar coretan memori idop aku yang penuh ketensionaannn. HAHA
padan muka, weaaakkk :P
HEHE

kali ni keluar serius best padahal xrancang pape pon.
tetibe teringat yang dye ngah syok tidur sekumpulan burung gagk menembak kat baju dye. HAHAHAHA
*siyes nak terguling2 gelak ni dah. WAKAKAKAAA !
nasib tak terus masuk mulut kan. 
tapi ape pon
saya sayangg awak okay :D


okay.bye :)


Meh Tinggalkan Comment Korang

Thursday 17 January 2013

Butir Air Mata


agak lama aku tak menjergah ke blog aku nih. Mungkin dah tiada tempat untuk aku mengadu, hanya disini aku mampu nak meluah. Lepas maghrib aku rase sebak sangat. Mungkin dah penat pendamkan sendiri, Hari ni tewas juga air mata yang aku pertahankan, aku cuba untuk menjadi seorang yang tabah, cuba untuk mengharungi ape yang berlaku di depan mata.

mungkin betul orang kata, air mata adalah jalan terbaik untuk meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati.

aku berdoa agar aku mampu harungi segala apa yang berlaku. Aku tak tahu bagaimana aku mahu meluah rasa hati yang terpendam nih. Mungkin sebab aku juga pernah melakukan kesilapan besar pada ketika dahulu. Mungkin satu ujian untuk aku hadapi. mungkin aku bukan yang terbaik untk mendapat seorang yang terbaik. 

Ya, satu ketika dahulu aku amat mempercayai akan dirinya. Tapi aku tak setabah dia untuk tahan dengan perangai aku. Perasaan kurang senang atas apa yang dia lakukan terhadap aku mungkin aku belum terima dengan sebati di dalam kehidupan aku, masih terngiang-ngiang di dalam pemikiran aku. aku sayang dia, aku gembira apabila family aku juga mula menerima dirinya. dia seorang yang baik, aku tak menafikan itu. Mungkin aku takut menghadapi jika dia berubah hati dari diri aku.

Mungkin sebab aku sedar aku bukan lah insan yang baik, kadangkala aku terpikir mungkin aku tidak layak dengan dirinya. 
huh !
aku dah tak mampu lagi untuk meluah, air mata semakin deras bile memikirkan dengan apa yang berlaku. Aku berdoa agar aku tabah menghadapi semua ini.

-InsyaAllah-

Meh Tinggalkan Comment Korang