Saturday 14 May 2011

jodoh carik

salam berbahagia

kita selalu dengar peribahasa berkawan biar beribu berkasih biar satu. dunia dah macam bola. berpusing pusing sendiri dalam keadaan paksinya.manusia bila di campak dekat mana pun pasti akan berkawan dan berjumpa dengan hamba Allah SWT yang lain. lumrah kehidupan manusia tidak boleh hidup dalam bersendirian dan pasti nak cari partner masing masing. sebab itu Allah SWT menyuruh kita mencari pasangan hidup dan merancang. macam yang kita selalu dengar jodoh pertemuan ajal maut di tentukan oleh Nya.kita hambanya hanya boleh merancang dan bertawakal kepadanNya yang Maha Esa.

cikgu sekolah aku dulu selalu cakap, kalau sekarang ni anak anak dara dah boleh nak doa kalau untuk bertemu jodoh yang soleh soleh untuk jadi pemimpin untuk keluarga kita suatu hari nanti. walaupun orang kata umur baru lagi setahun jagung dah pikir jauh. lelaki untuk menjadi abah kepada anak-anak kita nanti. perempuan mana yang tak nak hidup berbahagia dengan keluarga masing-masing nanti kan. mesti lah tak nak hidup susah. walaupun selalu dengar sekarang isu orang bercerai berai. bercinta, bertunang sampai 5 tahun, bila nikah jadi suami isteri tak sampai 12 hari. walaupun orang selalu kata setiap kesusahan pasti ada hikmah yang tersembunyi.

kalau bab jodoh. aku tak lah pandang sangat paras rupa. kaya raya sangat pon. janji dapat memberi jaminan untuk masa hadapan sudah mencukupi. paling kurang pun ada sebuah rumah yang lengkap dengan perkakas keperluan harian dan sebijik kereta yang mudah untuk bergerak ke mana-mana walau kereta kancil sekali pun. tak de lah nak taste tingi tinggi sangat pon.

aku sendiri pun belum cukup perfect. kalau bab masak masak tak dapat lah sehebat ibu aku yang hebat tu. tapi sebagai orang yang bernama wanita mesti lah kena berkecimpung untuk bab bab memasak, mengemas kan. sebab lelaki se brutal mana pun mesti nak cari pasangan hidup yang dapat memudahkan dan menguruskan rumah tangga.rugi lah sebagai seorang jejaka keluar kerja siang malam cari duit untuk bayar hantaran yang tinggi tinggi dekat perempuan tu tapi satu apa pun tak boleh nak berjasa dekat para suami.

walaupun segelintir besar para wanita sekarang amat berkerjaya dari kaum Adam tapi kita tidak boleh mengubah kudrat yang tertulis bahawa kaum Adam adalah pemimpin bagi kaum Hawa. perempuan sebelum kahwin atas tanggungan parents, tapi lepas akad nikah dah diserahkan bulat bulat pada para suami. :)


sekadar gambar hiasan

Meh Tinggalkan Comment Korang

No comments: