Saturday, 28 May 2011

Khas Untuk Kau ! :)

Salam sejahtera berbahagia.

keletihan baru pulang dari teman adik aku mendaftarkan diri dekat UIA. dalam jurusan asasi kejuruteraan dan sains komputer dekat petaling street jaya. gila penat aku menunggu. dah selesai semua terus balik then aku bukak laptop online facebook then terus log in blogger aku yang dah beberapa hari tidak dikemaskan sawangnya. kali ini aku nak tangkap feel jiwang rindu sikit. rasa nak sayu-sayu sikit. jangan termuntah pulak. HAHA. pos kali ini khas aku tujukan untuk kau ! :)

tarik nafas sikit. 1 2 3. fuhh.

how to starting ? ='=
dah lama aku tak rasa nak tangkap feel jiwang rindu. tiba-tiba dapat mesej kau mengatakan rindu. dalam beberapa minggu ini dah rasa kehangatan kerinduan itu. walaupun kau dengan aku tak dapat lagi menoktahkan suatu cerita itu. mana mungkin aku dapat menangkis perasaan rindu yang tiba-tiba datang. keakraban yang terjalin. bila kau carik pasal. bila kau bagi aku nasihat. aku kononnya mendengar dengan teliti segala nasihat yang kau ungkapkan.

okay. stop. aku rasa naik geli nak muntah bila tulis ayat puitis macam ini. HAHA.

kalau bab nak berjiwang ini aku tak reti nak bagai-bagai. aku tahu apa yang aku rasa pasti kau pun merasa juga. bukan semudah  ABC kalau nak tentukan . yang pastinya aku dan kau hanya berdoa mana yang terbaik antara kita. perjalanan antara kita panjang dan semakin rumit. masing-masing masih lagi mencari perjalanan hidup yang tersendiri. siapa sangka jika benar sebuah persahabatan berakhir dengan sebuah sebuah hubungan yang lebih jauh. dan juga sebaliknya. antara kita hanya mampu merancang menghantar sms, berbual telefon. tapi segala yang akan terjadi hanya ketentuan yang Maha Esa. siapa menduga mengalir sebutir titisan air yang jernih dari mata hanya untuk memuaskan perasaan sendiri. perasaan yang hadir tidak kita jemput, macam yang kau kata nak cari cara yang neutral, semulajadi. bukan perasaan yang dipaksa.

aku hormat kau, dan terima kasih kau pun menghormat aku. kita hanya mendoakan segala yang baik antara kita. InsyaAllah.

* kau kata hari tu aku takde feeling apa-apa kan. kali ini baru real punya feeling. HAHA :) . sayang kau !
Meh Tinggalkan Comment Korang

No comments: