Tuesday 10 May 2011

Corat- coret Pangkor Memories from Sixth Generation :)

Salam sejahtera para pembaca * budget ramai yg baca blog aku. hihi

Agak lama aku tak naik tarafkan blog aku ni. maklum lah dah tak berkerjaya dlm bidang berblog-blog ni. maklumlah tak pandai nak berpuitis dalam bidang blog. nak wat story hot-hot yang ramai orang duk tengok, cerita yang gempak-gempak, tengok tajuk je dah macam hot. ciyes aku tak pandai. huhu

okeh. entry kali ini aku nk story pasal aku and friends dekat pangkor. aku rehlah dengan kawan-kawan ex student sekolah semasa aku remaja menengah. SAMONE. gila best. kitorang panggil batch kitorang dengan SIXTH GENERATION. jumlah kitaorang tak ramai mana. tak lah sampai satu kampung pon. tak silap aku seramai 37 orang yang pergi. perempuan seramai 8 orang. jadi jumlah lelaki 37-8 = 29 orang. kalau nak senaraikan memang panjang lah.

7 MEI 2011 - SABTU

perjalanan kitaorang bergerak hari sabtu tarikh 7 Mei. perjalanan kitaorang naik kereta. berapa biji kereta aku tak berapa pasti. aku naik satu kereta dengan Bella, Yana, and drivernye Baem. kami berkumpul sepatutnya jam 8 pagi di Tonggak Sg.Bsr Selangor. tapi biasa lah bila janji melayu dibuat. Tak tahu lah pulak kalau janji India macam mana pula.hihi Tak silap aku kumpul kan semuanya dalam kul 10 baru settle. Owner untuk sesi rehlah ni Akmal Idris, Ilham Amri dan Sofee. diorang pun kutip untuk setiap seorang bayaran dengan RM 50.oo ( feri,chalet, van, bbq, cenderahati) bagi sesiapa yang belum langsaikan bayaran untuk join rehlah tersebut dan kami bergerak dari destinasi kami berkumpul.

berkumpul
bella n yana
tunggu and tunggu

Kami teruskan perjalanan kami... kami tak singgah mana-mana rasenye. cuma berhenti isi minyak dekat sabak. Aku dengan kawan-kawan yang kat dalam kereta tu keluarkan seorang RM 5.oo jer and calculation isi minyak RM 20.oo.




 

kami sampai di lumut dalam area pukul 1 kalau tak silap aku. sampai je ke lumut, cari area untuk memparkingkan kereta. Sewa untuk parking tak silap aku satu kereta RM 10.oo untuk Sabtu dan Ahad. dah settle bab-bab parking kereta. kami cari lokasi untuk berkumpul sementara owner 3 orang tu pergi beli tiket untuk naik feri. satu kepala RM 10.oo pergi-balik.

waktu menunggu untuk naik feri

tiket feri



tempat kami berkumpul



turn naik feri

 

lepas kami menunggu di kawasan manunggu feri, dan akhirnya feri sampai, kami terus naik feri tersebut. semua awal-awal semangat nak duduk kat luar. padahal panas giler kot. maklum lah cuaca sekarang bahang kot.


 setelah kami sampai ke Pangkor. Kami terus berjalan dan pergi ke arah van.



sehingga sampai ke chalet penginapan kami. tak silap aku yang aku dengar dari friends aku, sepatutnye budget untuk penginapan chalet kami ada lagi satu tempat yang lagi menarik dan hanya untuk harga RM 80.oo satu malam. dan disebabkan kami terbooking lambat, so kami terpaksa sewa chalet yang lain dengan harga RM 130.oo tak silap aku. so, kami dimintak menambahkan bayaran dengan RM 5.oo seorang.



sampai je kat chalet. konpem la nak duduk rehat. penat selepas ber jam-jam dalam kereta dan kat feri dengan kepanasan. aku dengan friends duduk rehat, pasang air-cond yang paling sejuk and pasang kipas. kami dibekalkan dengan maggi goreng sedap dan air mineral setiap seorang. then, tak lama.. nmpak friends yang lain dah turun laut even panas macam tu pon. pe lagi, ajak lah friends aku yang lain nak turut serta ke bawah. sblm tu memang kitaorang lapar gile, so turun makan dulu. aku pekena nasi ayam dengan limau ais. nasi ayam tak berapa best sebab ayam sikit dan tak puas. huhu
















aku dengan friends girl yang lain bersnokling ke dasar laut. * hanya yang ada tahu peristiwa kami :) . sampai selipar aku dihanyutkan oleh ombak laut. huhu. sebelum kami pergi tu banyak telatah dan ragam antara kami. terutamanya kerabat kaum lelaki, dengan menyakat anak mat salleh. sofee siap peace tengah laut dengan org inggeris. dan macam-macam lagi. aksi-aksi mereka dengan acara tarik tali katanya mendapat tarikan ramai wartawan pelancong di sana. aku tak sempat nak saksikan acara itu di sebabkan ada agenda lain. tapi diorang sempat buat rakaman dan aku saksikan dekat facebook member aku yang dia dah upload. aku boleh bayangkan kekecohan mereka. diorang jugak main banana bot.

acara tarik tali

banana bot

setelah puas dan senja pon melabuh tiba, kami berhentikan segala acara kami pada waktu petang untuk beri laluan pada waktu maghrib. kami melakukan solat jamak. sehingga lah selepas isyak kami semua turun ke bawah untuk buat bbq. bakar ayam, hot dog, kerang dan macam-macam lagi. memang kenyang habis malam tu.












satu lagi adegan yang tak dijangka. mamat ni habis punya layan main lagu sampai orang sekeliling nak attack dia dah.penat kot sofee layan dia ni. kena baling dengan telur, tepung. gila kesian aku tengok. hahahahahhaha . tak boleh nak tahan aku nak gelak. siap dengan ezad uddin pon kena sekali. sempna bufday diorang..hihi
habis punya mandi. hihi

semua keletihan malam tu. dan kami semua berkemas dan masuk ke bilik masing-masing untuk berehat dah.

8 MEI 2011 - AHAD

bangun seperti biasa, dengan malam yang tidur lena dengan suasana yang nyaman kesejukan. aku dah bangun untuk jalan-jalan. pagi-pagi ni aktiviti bebas. nak buat apa pun boleh. kalau nak cerita pasal pagi ni, takde apa sangat kot. uma aku dengar-dengar budak lelaki snockling beramai-ramai. dan waktu pulang tu gogle ezad udin hilang kot. itu kalau hilang konpem kena ganti dalam RM 70.oo tak silap aku. diorang semua berendam dan mencari beramai-ramai and sorang pun tak jumpa. tiba-tiba ada srang budak ni sekali selam jer terus dapat carik. caye lah !. itulah istilah jangan pandang rendah terhadap orang lain.












segala aktiviti dekat situ tamat kat situ. jam dah menunjukkan tengah hari. dan perlu check out jam 12.oo tengah hari. dan kami semua berkumpul dekat bawah dalam area 12.30 tengah hari. kami menaiki van untuk ke pangkalan jeti. sesampai jer kat sini. gila ramai. jauh kebelakang orang beratur. kami pun sama lah beratur beramai-ramai di situ untuk menaiki feri. saat ni  semua nak duduk kat dalam sebab dalam feri ada air-cond kalau duduk luar kena berdiri dan panas.









sampai jer kat Lumut. yang rasa-rasa nak shopink beli barang tu diorang pergi lah membeli belah. aku kat sana tak beli apa-apa pun. then, kami semua singgah makan dekat Lumut untuk mengisi perut untuk waktu tengah hari. menu aku hari itu just nasi goreng bersama limau ais jer. dekat situ kami juga dibekalkan dengan cenderahati setiap seorang.



cenderahati setiap seorang







setelah kami langsaikan segala makan tengah hari kami, kami teruskan lagi agenda kami ke arah rumah miqdad. Dia sungguh terharu dengan kedatangan kami. dan kami menyambut bufday dia hari tu. dengan keletah dia sungguh menghiburkan hati kami. Kami doakan semoga kamu sempat sembuh dan ceria seperti sebelum ini. Amin.

Perjalanan aku bersama Sixth Generation hanya tamat di rumah Miqdad. Pengalaman kali ini memang betul-betul menjadi memori. Kerjasama dari semua pihak akhirnya dapat menjayakan program ini. Masing-masing memberi ruang walaupun ada yang kena berhadapan dengan exam keesokannya. 6 GENERATION the best lah !



* gambar-gambar yang tertera aku ambik dari FB rakan-rakan yang bawak kamera. Aku takde kamera. pon jadi lah. sory aku curi gmbr korang :)

KOS
bayaran nak ikut > RM 50.oo
tambahan            > RM 5.oo
Snockling            > RM 12.oo
Minyak Keta       > RM 5.oo
Makan                > RM 9.oo
Ole-ole               > RM 10.oo
Lain-lain              >RM  20.oo

total :  RM 111.oo lebih kurang. :)






Meh Tinggalkan Comment Korang

No comments: