Tuesday, 24 May 2011

Aku jatuh tadi.

hye guys. okieh. bersihkan dulu apa yang bersawang. hihi.

akhirnya tercapai hajat untuk tengok Nur Kasih yang diorang gembar gemburkan. tengok dengan orang yang disayang * sayang ke ? . ada la jugak. hihi. keinginan aku nak tengok cerita ini sebab ramai sangat yang kata kat aku best. semua post dekat status facebook diorang kata best. best n best. pasti meleleh air mata.kalau nak tanya pasal komen aku. boleh tahan lah. takde lah sampai meleleh air mata. dia kata aku nih takde feeling. haha. tak kisah lah. tapi memang aku takde feel pon time tonton cerita tu. mungkin tak mengalir dalam diri orang macam aku. ceritanye slow down jer. penat aku tunggu. sebab aku tak berapa plot cerita tu. HAHA

tapi apa-apa pun best. walaupun tadi hampir kereta rosak. terpaksa balik rumah dia tukar kereta. best bukan sebab dapat menang loteri. seronok bila ada je yang carik pasal. ada jer yang tak puas ati. padan muka kau kena dari aku. HAHA. teman aku, walaupun kadang-kadang ayat memang nak carik pasal kan. kiranya happening ending kitorang untuk out kali ini before dia nak balik Uitm sabtu ni.

thanz sebab bawak aku keluar hari ini. maaf la kalau kau kata kau dah lebam-lebam. nak sangaat kan. hihi.
ops, tadi sebenarnya jumpa mak kau aku nervous gak sebab benda tak rancang tapi aku berlakon okeh jer. tp nmpak kau yang lebih nervous dari aku. hihi :))




* malu aku nak cakap. aku luv kat kau gak. ( oke, pipi dah merah ). hihi.
title takde kena mengena kot. hihi..bye !

Meh Tinggalkan Comment Korang

Monday, 23 May 2011

akhir zaman dah

lama tak bukak blog aku yang dah berusang nih. sebab tak tahu nak update apa pun. ini sekadar aku nak kongsi pe yang aku baca dekat blog orang lain. aku terbaca pasal gereja yang terbesar dan termoden yang berada di negara Malaysia kita ini. kalau nak dipersalahkan orang lain pun tak boleh nak kata apa. semua bergantung kepada diri sendiri. diri sendiri tiada kesedaran untuk kemajuan negara. padahal negara kita negara Islam. hari tu pernah juga timbul isu pasal nak tukarkan agama rasmi negara kita kan. tapi aku tak ingat bila. kita masih tak perasan kan dunia akhir zaman ini. dah macam-mavam petanda dah keluar. semoga kita tetap iman daripada terjebak dengan unsur negatif.

ni link yang aku bukak pasal gereja yang termoden tu.

http://blognizamlaa.blogspot.com/2011/04/gereja-terbesartermoden-dan-tercanggih.html?spref=fb

* baik bagi aku duit semua tu dari duk membazir jer. huhu
Meh Tinggalkan Comment Korang

Thursday, 19 May 2011

Kawan sampai mati ='=

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia * budget ada cina india baca. hihi

pagi-pagi dah dok ON9. terus log in facebook. macam dah tiada kerja lain . haha. tiba-tiba rasa nak log in blog pagi-pagi ni, tapi tak tahu pun nak duk tulis apa. huhu. tak banyak idea macam kawan-kawan aku yang ada blog tu. siap hot lagi tuh.

aku rindu pakwe kawan-kawan aku !

orang selalu kata berkawan biar beribu,* tapi kat fb tak sampai seribu pun friends aku, huhu musuh jangan di cari. kalau cari musuh memang selalu sakit hati lah. semua orang mesti ada kawan baik sendiri kan. tapi kadang-kadang best friend forever tak forever pun. apa yang aku cakap ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun sakit dekat hospital tu.hihi. biasa lah kalau berkawan kan, pasti kadang-kadang ada perasaan memendam rasa. rasa panas je tapi tak boleh nak lepas, tenyum je sebab nak jaga hati kawan. macam cerita tiga abdul arwah P. Ramlee tu, sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula sebuah persahabatan. bila bergaduh, mula nak pot-pet belakang. hihi. aku tergolong sekali . mintak maaf la ye, di luar jangkaan. hihi.

aku tak hot, aku tak cantik, aku tak perfect tapi cumil la* okeyh, bagi la aku perasaan 2 3 minit pun. huhu. tapi aku bersyukur aku ada pakwe kawan-kawan yang boleh share cerita suka dan duka. menangis meraung ke bahu kawan. hulurkan duit bila kawan kadang-kadang rasa memerlukan. buat diri tergelak sampai nak sakit perut. bukan aku sorang je rasa macam tu kan ?

tiba-tiba aku teringat zaman sekolah menengah aku. aku kenal ramai kawan-kawan. zaman itu, aku di cop budak nakal jugak kot tapi tak de lah teruk sangat problem kalau aku nak buat pun. aku rindu dekat seorang kawan aku yang aku rapat dari tingkatan 1 lagi. walaupun selalu ada problem antara kami. tapi sekarang kami macam musuh. tak boleh nak bertegur. sob3. sedih sikit. aku harap dapat berbaik semula. kiranya buang yang keruh ambik yang jernih.

till end. rindu zaman sekolah ='=
Meh Tinggalkan Comment Korang

Monday, 16 May 2011

Demi mu KEKASIH apa pun aku sanggup.

refer pada tajuk. orang sekarang bercinta, semua nak hot. apa pun sanggup. lautan api pun sanggup nak di renangi. bila suruh buat pasti terketar-ketar. bila mintak jadi imam macam macam alasan nak bagi. kononnye kau lah orang yang aku sayang sampai bila-bila. walaweeh. lepas tu semua nak puji pakwe makwe sendiri. kiranya nak cakap dia seorang je lah yang untong ada pakwe yang mengeluarkan kata-kata yang sebegitu. ceh, sikit pon tak hairan lah. tak naik kening pun. ='=

merujuk pada akhbar KOSMO yang bertarikh 16 Mei 2011, lepas aku baca tadi.

DIHUKUM GANTUNG KERANA KEKASIH.

yang ini kira nak tabik ke ? semata-mata tak dapat RM50.oo untuk keluar dengan kekasih sanggup nak bunuh nenek sendiri yang ada pertalian darah. kerana wang abang disayang, tiada wang abang melayang. walaweh. kuno punya orang. ini lah di nama cetek pengetahuan. pasal wang sanggup nak sampai bunuh bunuh saudara sendiri.

kalau ya pun nak ada pakwe makwe. nak belanje makwe kesayangan korang tu makan. kumpul duit sendiri lah. tak de duit buat lah tak ada duit. pergi kerja ke, tak pun duduk rumah diam-diam. ni nak bangga kononnya anak orang berada. untuk awek aku semua nya aku sanggup. bla lah orang macam ini. kurang ilmu agama dah ni. terlajak perahu boleh berundur, terlajak perbuatan, konpem tak boleh nak undur.

nak senang jadi single macam aku. satu apa pun tak payah nak fikir. hihi :))
Meh Tinggalkan Comment Korang

Saturday, 14 May 2011

jodoh carik

salam berbahagia

kita selalu dengar peribahasa berkawan biar beribu berkasih biar satu. dunia dah macam bola. berpusing pusing sendiri dalam keadaan paksinya.manusia bila di campak dekat mana pun pasti akan berkawan dan berjumpa dengan hamba Allah SWT yang lain. lumrah kehidupan manusia tidak boleh hidup dalam bersendirian dan pasti nak cari partner masing masing. sebab itu Allah SWT menyuruh kita mencari pasangan hidup dan merancang. macam yang kita selalu dengar jodoh pertemuan ajal maut di tentukan oleh Nya.kita hambanya hanya boleh merancang dan bertawakal kepadanNya yang Maha Esa.

cikgu sekolah aku dulu selalu cakap, kalau sekarang ni anak anak dara dah boleh nak doa kalau untuk bertemu jodoh yang soleh soleh untuk jadi pemimpin untuk keluarga kita suatu hari nanti. walaupun orang kata umur baru lagi setahun jagung dah pikir jauh. lelaki untuk menjadi abah kepada anak-anak kita nanti. perempuan mana yang tak nak hidup berbahagia dengan keluarga masing-masing nanti kan. mesti lah tak nak hidup susah. walaupun selalu dengar sekarang isu orang bercerai berai. bercinta, bertunang sampai 5 tahun, bila nikah jadi suami isteri tak sampai 12 hari. walaupun orang selalu kata setiap kesusahan pasti ada hikmah yang tersembunyi.

kalau bab jodoh. aku tak lah pandang sangat paras rupa. kaya raya sangat pon. janji dapat memberi jaminan untuk masa hadapan sudah mencukupi. paling kurang pun ada sebuah rumah yang lengkap dengan perkakas keperluan harian dan sebijik kereta yang mudah untuk bergerak ke mana-mana walau kereta kancil sekali pun. tak de lah nak taste tingi tinggi sangat pon.

aku sendiri pun belum cukup perfect. kalau bab masak masak tak dapat lah sehebat ibu aku yang hebat tu. tapi sebagai orang yang bernama wanita mesti lah kena berkecimpung untuk bab bab memasak, mengemas kan. sebab lelaki se brutal mana pun mesti nak cari pasangan hidup yang dapat memudahkan dan menguruskan rumah tangga.rugi lah sebagai seorang jejaka keluar kerja siang malam cari duit untuk bayar hantaran yang tinggi tinggi dekat perempuan tu tapi satu apa pun tak boleh nak berjasa dekat para suami.

walaupun segelintir besar para wanita sekarang amat berkerjaya dari kaum Adam tapi kita tidak boleh mengubah kudrat yang tertulis bahawa kaum Adam adalah pemimpin bagi kaum Hawa. perempuan sebelum kahwin atas tanggungan parents, tapi lepas akad nikah dah diserahkan bulat bulat pada para suami. :)


sekadar gambar hiasan

Meh Tinggalkan Comment Korang

Friday, 13 May 2011

nenek kahwin 40 kali

Salam Sejahtera hadirin hadirat sekalian.

kalau aku nak tulis proposal pasal karangan cintan cintun. aku tak pandai. aku budak baru belajar. kalau nak cakap pasal cintan budak remaja sekarang tak payah nak cakap lah. walaweh. kalah suami isteri yang dah kahwin. siap abang sayang, baby baby . memang peringatan ini untuk perli aku juga. aku pun tersenarai juga dulu dulu. sekarang single dah tiada siapa nak main sayang-sayang dah. HAHA. umur baru belasan tahun dah pandai nak cakap jiwang jiwang karat. betul lah orang kata. bila dah hangat semua tak rasa sejuk macam makan ais krim. semua dah rasa yang pedas-pedas je. bangga dengan pakwe makwe . dia beli kan aku ni, beli kan aku tu. belanje aku ni. jalan jalan sama sama. dia romantik sana. romantik sana. walawehhh.

aku pun tak baik mana. lebih kurang 3 x 5, 5 x 3. ='=

walaupun kadang-kadang macam dah nak terabai dengan segala mata pelajaran yang belajar tu. itu lah orang kata pengalaman mematangkan kehidupan. ceewaahhh. HAHA

bila dah putus, gaduh mula lah update status yang macam-macam dekat wall FB . mula lah adegan nak mengumpat. yang sini kutuk sana. yang sana kutuk sini. walaweh. budak-budak bila bercinta. memang lah aku tak nafikan semua yang bercinta semua macam nih. tak semua yang couple nak jiwang jiwang karat. tak perlu pun nak ber sayang sayang. abang abang.

lagi satu isu bila belasan tahun couple lepas tu clash, siap tak nak kawan forever dah. tak nak bertegur antara satu sama lain. masing masing nak menyombong. kononnya pernah ada sejarah antara aku dan dia. walaweeehh. HAHA. macam kita masa budak-budak, sikit-sikit tak nak kawan. lepas tu mengadu dekat parents masing masing. relaks sudah. kawan je lah macam biasa. ada jodoh ada lah.

aku tulis entry kali ni pon tak de kena mengena dengan siapa-siapa pun even aku sendiri ada sangkut paut sekali. biasa lah tuh. hihi. budak-budak belasan tahun kan. nak rasa la jugak.

FULL STOP.

somebody said :"i like you" not couple but to be my wife when we have marriage partner :D HAHA
takde kena mengena dengan title. HAHA :)

Meh Tinggalkan Comment Korang

BOSAN :D

Salam Sejahtera !

punyer ber jam jam aku tunggu nak LOG IN dekat blogger aku nih. semua masing masing dah rindu nak masuk dekat blogger ni. semua nak sentap-sentap dekat status FB diorang tuh .sebab diorang banyak cerita hot kowt. kalau aku ! memang gedik lah saja nak update entry yang baru. padahal bukan nak update apa-apa pun. saja nak gedik nak edit-edit aku punyer blog. ni lah masalahnye bila aku sendiri tak tahu nak tulis apa dekat entry bloger aku. bila orang ada blogger sibuk jugak nak ade blogger. budget pandai buat puitis ayat best-best. piirahh  la nanie ! HAHA.

Kali ini aku edit aku punye blog just tukar background belakang aku. aku rasa serabut pula letak background kotak-kotak dekat belakang tu. aku nak jadi simple kan. tapi aku tak tahu nak sesuaikan dengan citarasa aku sendiri. walaweh. last-last aku letak jer background ala-ala peach nih.

nampak tak gambar besar dekat atas tu ? HAHA. ada gaya stylo tak ? aku pon tak perasan siapa yang capture pic aku tuh. nmpak macam lawa pulak bila aku edit-edit balik. walaweh.  perasan sendiri. HAHA :)
Meh Tinggalkan Comment Korang