Saturday, 25 June 2011

ATOK SAYA :)

Salam berbahagia rakyat jelata.

aku bukan nak entry pasal orang yang kantoi menyamar jadi anuar ibrahim dalam video s*** tu. bukan juga aku nak update aku dapat 150 ribu macam Nabil bolot sorang tuu. *rasa nak ngorat nabil RL plop. :).

*atuk aku mesej aku ajak aku teman dia jumpa client hari ini. lama tuu aku tak jumpa dengan *atuk aku. hampir sebulan. habis perasaan rindu tu dah bersarang-sarang. sibuk sangat dengan business dia dekat oversea tu. disamping dengan ekonomi gawat, jadi tak bole la dia nak balik tiap minggu nak jumpa dengan aku yang cute ni. :) kan kan ?
jadi hari ini aku vacum la bersih bersih perasaan rindu tu. jiwang tak aku dengan *atuk aku ? ='=. haha. best woo hari ini, *atuk aku banyak support aku hari ini. *aku bayar duit tol je. okay, banyak sakat aku hari ni. memang bengang sikit la, tapi kalau tak sakat macam mana nak nampak romantik. siapa kata kalau gaduh tak romantik. best woo, lagi best dari duduk peluk-peluk.

ha, aku nak rekemen jangan makan ABC dekat tasik S.alam. tak sedap. errr, nak cerita apa lagi ?
ini je kot. nanti tak pasal-pasal ada yang cakap aku batak. nak cerita lebih-lebih tak dapat la. hihi
masa sampai rumah tai atok aku pesan
-jangan nakal tapi atok yang nakal kat oversea. :) tak kisaaaah
-jaga diri tapi atok yang selalu demam.

bye.
*atuk-boypren








thanz untuk hari ini.
lap youu <3


Meh Tinggalkan Comment Korang

Thursday, 23 June 2011

KARANGAN CINTA BUDAK 10 TAHUN.

lewat malam macam ini, rasa macam sepi je. cuba untuk melelapkan mata tetapi payah. berfikir untuk kebahagiaan diri dan orang lain. kadang-kadang rasa macam diri ni terlalu tamak dan pentingkan diri. malam-malam macam ni jatuh butiran-butiran air dari mata. mana mampu aku menghilangkan perasaan sayang terhadap sesuatu yang pernah menjadi benda yang paling berharga dalam hidup. selama lima tahun lebih aku menjaga dan menyayangi dan mungkin akan berpindah ke orang lain.

aku pupuk sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi sesuatu yang berharga. terasa berat untuk menyerahkan kepada orang lain walaupun aku tidak berhak untuk menjaga dan menyimpannya lagi. segala suka, duka, sedih, marah sakit hati semua masih terpahat dan tidak mampu untuk menangkisnya. mampukah aku menangkis perasaan cemburu untuk memberi peluang kepada orang lain untuk menjaga sekaligus memilikinya.

aku cuba mencari kekuatan itu pada malam ini.tapi hanya butiran permata yang jatuh. aku sendiri mencari kepastian untuk sesuatu yang terbaik untuk semua. bukan hanya untuk diri aku sendiri. bukan aku tidak mahu memperbaharui melupakan segala yang terjadi. cuma aku tidak mencapai kekuatan itu semula. kali ini aku lemah, aku cuma mahukan keceriaan di dalam dirinya tapi aku tak mampu untuk melakukan. aku sendiri merasakan kehilangan. aku tewas dengan perasaan aku sendiri. aku sendiri keliru.

aku betul-betul lemah. hilang semua keyakinan dalam diri aku. aku mencuba hari demi hari. aku tak tumpah macam budak budak 10 tahun yang selalu menitiskan air mata. walaupun orang kata aku dah besar. aku mencari satu jawapan,  tapi aku masih tiada ruang untuk berkata. betul aku masih sayang gila dengan benda yang amat aku sayang tapi...

aku cuma mahukan kebahagiaan di dalam dirinya. hati aku akan rasa senang apabila mendengar gelak tawanya. walalupun kadang-kadang aku terasa sakit hati, tapi itulah yang terindah bagi aku. gelak tawa bersahaja. aku terlalu lemah dengan pendirian aku. ='=

endly, I just want say to you..
TAKE CARE YOURSELF CAREFULLY. I REALLY LOVE YOU . I JUST WANT SEE YOU HAPPY. AND I HAPPY TOO. walaupun ia terpaksa. <3

*jangan gelakkan.
Meh Tinggalkan Comment Korang

Wednesday, 22 June 2011

GARU PERUT TEPI PADANG.

malam malam macam ni. kebosanan gila. dah tak tahu nak buat apa. walaupun aku tengah bengang dengan orang. tak perlu kot aku nak story mory pasal tu. handset aku ada dua tu tak berbunyi dari tadi. kedit pun full lagi tu tak tergerak. huhu.

ni aku nak story mory pasal kawan aku msa kem PLKN dulu tu. ada minah sorang ni. poyo tahap gila baban la. konon buat facebok nak privacy semua story mory. piirah. aku tahu gak. perangai gila. siapa sangka menjadi cikgu kat sekolah. sekolah cina tuuuu. tabik springg la . haha. dengan gelaran miss h****** tu. ops, part time tunggu upu kot dye ni. ingat masa kat kem duk bertenggek kat tepi padang bola jaring siap makan megi. terus nak berkhemah kat situ bawak bantal guling-guling kat situ.

kalau nak cakap pasal mulut memang sengal lah dengan kelayakan dia di samping menjadi guru moral kat sekolah. kui3. aku seronok kot kawan dengan kau. dapat hilangkan stres aku ni sikit. aku tengah bengang tahap gaban ni. aku ingat kau tak suka ambik gambar tapi pakwe kau mintaak gambar kau nyorok2 ambik gambar dalam toilet. haha. sengal punya orang. sengal sengal dia ni siap ada nak buat big family. haha.

itu je. bye.
* aku suka suka je. kalau kau nak marah miss. kau punya pasal la. haha :)
Meh Tinggalkan Comment Korang

YOU TUBE

salam sejahtera berbahagia.

sebelum tu bersihkan sawang yang dah melekat kat blogge aku ni. da lama da aku tak update. hari tu kekasih hati tanya da tak update blog ke. haha. ada gak pembaca. pon jadi la. hihi.

kali ni aku nak entry pasal video-video kat you tube. ini pon sebab kebosanan duduk dekat rumah. nak sms dengan kekasih hati sibuk. kalau sms selalu pon bosan kan. so, jarang-jarang kan lah.

kalau rasa rasa tengah stress ke bengang, bole kot layan video video macam ni. aku rasa ada kot maksud tersirat yang nak disampaikan dalam video diorang ni. axtually aku tengok budak ni pon bole tahan cutenye. tu yang aku suka tengok. hihi. takde la nak layan lagu je kat you tube tu.

* aku tahu video ni pon lepas friends dekat facebook post dekat wall dye.

JOM LAYAN, KORANG TEKAN KAT LINK NI

1)
http://www.youtube.com/watch?v=j8N4BLv0-fc&feature=related
 ni story pasal kecantikan.

2)
http://www.youtube.com/watch?v=8ZHL2xdQ1XY&feature=related
ni pasal sampah.

okay. nak tengok yang lain try searh sendiri kat you tube okay.
SELAMAT BERHIBUR.
Meh Tinggalkan Comment Korang

Saturday, 18 June 2011

ABOUT FEEL

selamat berbahagia.

kalau aku nak entry pasal perasaan feeling feeling sikit boleh ? bila timbul bab feeling ni yang payah ni. bila masa nye perasaan feel sayang, suka, benci, marah, bengang. maklum lah, feeling ni datang secara tiba-tiba dan boleh hilang dalam sekelip mata juga kan ?

lagi bila feel kita sayang dekat orang kan. credit pada yang special. feel feel tu selalu je datang. bila kita sayang sangat sangat. percaya tak kalau aku kata dah usia lanjutan pun bole jadi macam budak-budak bila dah feel sayang menyayang. bila nak cerita pasal feel kononnya couple dekat luar tu macam ragam. lagi kalau yang couple partner yang diorang sayang tu siap nak control control apa yang di buat olah partnernye sendiri. sampai facebook pun nak di control tak boleh nak bukak. nak keluar dengan friends pon tak boleh. kena keluar dengan pakwe sekali baru boleh keluar dengan friends. belah la. bull shitt.

then bila time emo marah marah, semua perkara jadi tanpa sedar. semua nak lepas. tak guna, gedik, bangang, sial,mampus ='=.
semua tu boleh keluar dari mulut. 4x5 5x4 dengan aku. aku tahu takde yang sempurna kalau kita cari yang sempurna mana pun. bila sayang semua rasa bahagia. siap nak muahx muahx lagi.* bangga la tunjuk depan aku? belahh laa. lain la kau nak muahx muah dengan suami rasmi kau depan aku, ni dengan pakwe sendiri pun nak tunjuk depan aku. tak jeles langsung lah ! geli ada lah. simpan diam diam dah lah.

till end.kalau rasa apa yang aku tulis ni tak patut, suka hati aku lah, hak aku nak menulis dalm blog aku. tp apa yang aku cerita takde kena mengena dengan siapa pun. umum okay. saja nak puaskan perasan bengang yang tersarang ni.

bye.
Meh Tinggalkan Comment Korang

Thursday, 16 June 2011

SI MANIS ANAK DARA


salam sejahtera berbahagia.
kali ini aku nak entry pasal perancangan keluar kami yang tak dirancang. antara kanak-kanak cumil yang tersenarai. aku dah semestinya, nawal apipah, syida jaafar, fatihiah mohd and kanak-kanak yang last last minit di ajak amirah mohni. dorang-dorang ni tak de lah berubah mana pun. cuma maklum lah si anak anak dara pasti lah dah pandai berhias nampak matang sikit. kalau nak cerita pasal kekecohan kami memang tak dapat lah nak ura ura kan, siapa yang ada kat situ mesti boleh manipulasikan kekecohan kami. aku pun dah takde idea nak tulis apa tp perjalanan ari ini seronok jumpa kawan-kawan sekolah dulu. enjoy. 8.30 baru aku sampai umah.


keceriaan di wajah :)

aku tak tahu kenapa pic ni jd cmni

mira dan sy

nyum


rasyidah jaafar

with fath

with syida

:)

nawal

syida

nawal n syida

me and mira

ours

me :)

smile

them

nawal , syida and me

ours :)
finally, best. thanz untuk siapa yang belanje kami. :)
Meh Tinggalkan Comment Korang

Tuesday, 14 June 2011

KAHWIN

salam sejahtera berbahagia dan 1 Malaysia.

aku tengah hari buta ni nak berangan kejap boleh tak? tiba-tiba miang gatal aku dah menjalar. tengok tajuk entry la, konpem dah boleh fikir aku ni nak berangan pasal apa. hihi. berangan pula nak kahwin. macam syok je. jadi raja sehari. cuti sekolah minggu lepas, ramai pulak yang kahwin kenduri kendara. bayang bila aku pulak kat tempat diorang. HAHA. tak padan dengan usia aku ni. ok, bagi la aku berangan 3 4 minit pon. :)

dapat pula kahwin dengan lelaki yang kita nak. memang mables la. hihi. bila nak kahwin pakai inai, pergi butik-butik pengantin cari baju yang cantik-cantik nak sanding, cari pelamin cari barang nak buat hantaran. kumpul sanak saudara ramai-ramai. macam meriah je kan. time macam ni gak la kawan-kawan datang nak berkumpul kan. wahhh, bestnyer ! :)

best pulak, tetamu semua nak tumpu kat kita je. dari atas sampai bawah orang fokus kat kita. time tu la mula nak belagak ayu sikit, kena pandai gaya la, kalu tersadung jatuh, tak ke malu jawabnya. HAHA. tak boleh aku bayangkan kalau jatuh pada tatapan peminat tetamu yang hadir. almaklum lah kebanyakannnya op course pengantin pakai kasut tumit tinggi-tinggi. time tu konpem cahaya kamera ada kat mana-mana. hihi. time tu boleh la nak berangan macam artis kejap. MAK JEMAH AF FEMES OKAY :).

okay, entry kali ini just aku nak berangan je. :). tak salah nak berangan untuk masa akan datang kan. biasa lah jiwa muda macam aku ni. bila nak semua best, lepas kahwin habis kena basuh periuk belanga. * tp kebanyakan orang kawin sekarang guna katering kan. kena pikir gak lepas kahwin nanti cmne, kena persediaan fizikal dan mental yang rapi. HAHA. so, sape yang berangan nak kahwin tu, pikir-pikir balik.
kalau dah sampai seru kawin je lah :)




* gambar2 ni aku saje buat perhiasan. aku google je ;p
Meh Tinggalkan Comment Korang