Monday 8 August 2011

rezeki, Alhamdulilah :)

Alhamdulilah.. walaupun beberapa hari ni aku dihantui dengan satu masalah yang gempar.. nasib aku masih boleh bertahan dan tabah untuk semua itu.. semalam 8 Ogos, Alhamdullah rezeki masuk. Unit kebajikan Unisel beri sedikit bantuan kewangan yang disampaikan oleh Sultan Selangor.. Dapat la membantu cover sikit.. hihi.

Aku nak ucap terima kasih dekat orang-orang sekeliling aku yang mendengar keluh kesah aku. tak pasal-pasal menjadi tempat pelepas kebengangan aku.. Tapi still cool dan nasihatkan aku.. Alhamdulilah.. hidup semakin disinari suria.. walaupun kadang-kadang masalah menghantui fikiran.. tapi tak boleh nak buat apa.. perjalanan kehidupan yang membawa pengajaran untuk pengalaman hidup..

Mak selalu kata, kalau orang buat salah kita kena berusaha untuk memaafkan orang lain.. tak perlu nak dendam-dendam.. besar pahala orang yang memberi kemaafan walaupun dia kutuk kita setinggi mana pun.. mungkin perasaan ego ada di dalam diri aku.. tapi aku cuba untuk membuang segala keegoaan, kebenganggan aku terhadap orang lain. aku nak belajar untuk memaafkan orang lain.. lebih-lebih bulan puasa yang mulia ni.. InsyaAllah.


AWAK,TERIMA KASIH NASIHATKAN SAYA OKAY . :)
TERIMA KASIH JUGA PINJAMKAN TELINGA AWAK TU UNTUK SAYA.

Meh Tinggalkan Comment Korang

No comments: