Thursday, 19 January 2012

ENCIK. PERAK


Encik Perak,
aku mintak maaf ye dekat kau, aku banyak menyusahkan kau. Aku tahu kau ikhlas menyayangi aku. Tapi layanan aku dekat engkau begitu kejam kan. Masa aku tulis entry ni pun aku masih lagi menitiskan air mata. Maaf, aku menangis-nangis dekat kau. Tapi aku tak beritahu apa punca aku menangis sampai macam ni sekali. Dua tiga hari ini layanan aku dekat kau teruk kan ? 

Maafkan aku,
Aku menangis disebabkan oleh En. H. aku tahu mesti kau paham maksud aku kan. Aku insan yang lemah. Aku tahu, kalau kau baca entry ni mesti kau kecewa dengan aku. Mesti kau sedih kan. 

Maafkan aku,
Aku tahu, kau pun tahu aku masih sayangkan En. H. Tapi kau paksa diri kau untuk memahami aku. Teruk bukan aku ? Semua berpunca dari aku. Aku terlalu tamak. Teruknya aku.

Tapi lepas apa semua yang berlaku ini, aku akan cuba perbaiki diri aku. Mungkin aku terlampau nak obses dengan cinta pertama, sampai aku menyeksakan diri aku sendiri. Hidup seperti tiada hala tuju, aku lemah. Tolong marah aku. Marah aku.

Aku lemah. 
Marah lah aku.

Meh Tinggalkan Comment Korang

No comments: