agak lama aku tak menjergah ke blog aku nih. Mungkin dah tiada tempat untuk aku mengadu, hanya disini aku mampu nak meluah. Lepas maghrib aku rase sebak sangat. Mungkin dah penat pendamkan sendiri, Hari ni tewas juga air mata yang aku pertahankan, aku cuba untuk menjadi seorang yang tabah, cuba untuk mengharungi ape yang berlaku di depan mata.
mungkin betul orang kata, air mata adalah jalan terbaik untuk meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati.
aku berdoa agar aku mampu harungi segala apa yang berlaku. Aku tak tahu bagaimana aku mahu meluah rasa hati yang terpendam nih. Mungkin sebab aku juga pernah melakukan kesilapan besar pada ketika dahulu. Mungkin satu ujian untuk aku hadapi. mungkin aku bukan yang terbaik untk mendapat seorang yang terbaik.
Ya, satu ketika dahulu aku amat mempercayai akan dirinya. Tapi aku tak setabah dia untuk tahan dengan perangai aku. Perasaan kurang senang atas apa yang dia lakukan terhadap aku mungkin aku belum terima dengan sebati di dalam kehidupan aku, masih terngiang-ngiang di dalam pemikiran aku. aku sayang dia, aku gembira apabila family aku juga mula menerima dirinya. dia seorang yang baik, aku tak menafikan itu. Mungkin aku takut menghadapi jika dia berubah hati dari diri aku.
Mungkin sebab aku sedar aku bukan lah insan yang baik, kadangkala aku terpikir mungkin aku tidak layak dengan dirinya.
huh !
aku dah tak mampu lagi untuk meluah, air mata semakin deras bile memikirkan dengan apa yang berlaku. Aku berdoa agar aku tabah menghadapi semua ini.
Perjalanan hari yang sunyi sepi. Kiri kanan bagaikan tiada apa yang terlihat. keresahan, kebuntuan menemani perjalanan hari. Manusia yang tiada apa, yang seringkali berlaku kesilapan.
Kehidupan yang bukan sahaja sunat malahkan menjadi wajib untuk diharungi. Walaupun dihadapan terlihat banyak kejatuhan, kepayahan yang sentiasa ada untuk menjatuhkan diri. Tanpa diduga perasaan ingin mencapai kehendak menjadi peneman katabahan bagi seorang insan bernama manusia untuk menjalankan hari demi hari yang diwajibkan oleh Pencipta-Nya untuk ditempuh bagi menghargai manfaat nyawa, fizikal dan pemikiran yang dipinjam oleh Pencipta kepada hamba-Nya.
Manusia tak ubah seperti lebah yang terbang ke sana sini untuk mencari madu bagi santapannya. Dimana lebah meneruskan hari-harinya walaupun hasilnya kadang-kala diambil oleh manusia jua. Tapi lebah tahu, pengorbanannya telah dapat dimanfaatkan kepada makhluk Allah yang lain.
Begitu dengan manusia, berkorban berpenat lelah untuk mencari rezeki kerana ia tahu hasilnya untuk keperluan sendiri serta orang lain untuk dimanfaatkan.
Manusia mempunyai hati berbeza, tingkahlaku berbeza. Tak semuanya sama seperti yang lain. Sebab itu kita hidup dua orang insan saling melengkapi, Di mana orang selalu menggunakan istilah api dengan air, langit dengan tanah dan bagainyee,
Kadang-kadang hati manusia takde sapa dapat menjangka, luaran mungkin nampak hensem, comel, cute, bengis, and more and more. Tapi mungkin kita tak tahu hatinya mungkin penuh dengan kasih sayang, kelembutan, kemarahan, keras hati dan juga more and more.
kadang-kadang tingkahlaku, percakapan kita seringkali kita tidak menyedari hati bagi seorang insan bernama manusia terguris dek kelakuan dan percakapannya. Kadang-kadang mungkin ada dalam perasaan diri seorang manusia kita yang terbaik kita yang terbetul tapi kita kadang-kadang tak tahu ia boleh menjatuhkan diri orang lain.
Dua insan yang perlu saling memahami. Yang bertolak ansur. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Kadang-kadang diri tersedar adanya sikap ego dalam diri tapi kadang-kadang cuma kita mengharap dapat memahami hati seorang insan bernama manusia.
Semuanya bergantung pada diri sendiri.
Meh Tinggalkan Comment Korang
Sunday, 1 July 2012
Hye my reader's :D
setia tol nak mengintai blogger aku kan kan kan ?
eleh, naek menyampah la tu aku tulis macam tu.. haha ade aku kisah ? hihi
by the wayyy, malas nak tulis panjang-2 tapi kite nak ucapkan
TERIMA KASIH SAYANG
dekat
MUHAMMAD IBRAHIM BIN IDRIS
even
2, 3 hari ni dye agak selalu menyakitkan hati aku
*padahal aku yang selalu over sensitip, ape aku herann. weaaak :P
tapi dye ade je trick nak buat aku tak marah and tertiba dari mata yang dah nak jadi panas menjadi bibir terukir senyum ke telingaa !
bangga la tuhh ! ceihhh, kau tak payah nak perasan la baem! :P