Wednesday 4 July 2012

Berikan satu manfaat



Perjalanan hari yang sunyi sepi. Kiri kanan bagaikan tiada apa yang terlihat. keresahan, kebuntuan menemani perjalanan hari. Manusia yang tiada apa, yang seringkali berlaku kesilapan.

Kehidupan yang bukan sahaja sunat malahkan menjadi wajib untuk diharungi. Walaupun dihadapan terlihat banyak kejatuhan, kepayahan yang sentiasa ada untuk menjatuhkan diri. Tanpa diduga perasaan ingin mencapai kehendak menjadi peneman katabahan bagi seorang insan bernama manusia untuk menjalankan hari demi hari yang diwajibkan oleh Pencipta-Nya untuk ditempuh bagi menghargai manfaat nyawa, fizikal dan pemikiran yang dipinjam oleh Pencipta kepada hamba-Nya. 

Manusia tak ubah seperti lebah yang terbang ke sana sini untuk mencari madu bagi santapannya. Dimana lebah meneruskan hari-harinya walaupun hasilnya kadang-kala diambil oleh manusia jua. Tapi lebah tahu, pengorbanannya telah dapat dimanfaatkan kepada makhluk Allah yang lain.
Begitu dengan manusia, berkorban berpenat lelah untuk mencari rezeki kerana ia tahu hasilnya untuk keperluan sendiri serta orang lain untuk dimanfaatkan.

Wallahuallam .

Setia Citymall, Setia Alam


Meh Tinggalkan Comment Korang

No comments: