Sunday, 13 November 2011

cerita itu dan ini


untuk mereka yang selalu duk update tentang luahan perasaan.
untuk munasabah diri aku sendiri.


Meh Tinggalkan Comment Korang

orang takkan rasa apa yang kita rasa

okay, blog aku tak femes tak bagai, konpem orang pon bosan nak baca. update pun punya jarang gila. sebab otak aku ni tak kena Vanish lagi untuk update perkara yang naik minatkan orang nak baca. tak macam pakaian yang artis-artis MELAYU di MALAYSIA pakai semasa Anugerah Skrin hari itu. tu memang la tarik peminat gila-gila vavi. terbeliak biji mata tu. 







okay, bukan nak cerita pasal ni.

sepanjang aku final exam ni macam-macam hal jadinya, kalau aku nak cerita pun. aku ego. tak nak menyakitkan hati sesiapa. aku cuba menjaga hati orang lain. tapi hati aku terpaksa gak aku korbankan kan. tak kisah lah apa pun orang nak kata. cuma aku kadang-kadang terkilan, macam tak pandai nak mengahargai apa yang aku nak.cukuplah hanya sekdar TERIMA KASIH, itu dah memadai bagi aku. mungkin orang kata aku seolah mengungkit. hmmmm, susah aku nak tafsirkan hati orang lain.

mungkin kadang-kadang aku tak sedar sikap aku yang membuatkan orang tak nak rapat dengan aku atau apa pun. tapi pernah tak orang terfikir kenapa pula sikap aku macam tu ? aku cuba untuk buat yang terbaik di depan kawan-kawan aku. tapi ? tak kisah la apa pun. manusia takkan buat perangai kalau tiada sebab kan ? aku fikir, orang lain pun boleh fikir kan ?



kalau nak cerita bab cintan cintun pula, ni lagi lah menyerabutkan aku. segala yang berlaku kita tak menyangka itu pun. sebab kita tak kata nak merancang semua itu. yela, mana ada manusia nak benda yang menyerabutkan dirinya sendiri kan ? mestilah hendah benda ynag menyenangkan dan menyeronokkan hati kan ?

mungkin orang senang bila nak mengatakan cari yang terbaik, yang kau sayang, cuma tinggal nak buat pilihan. boleh ke kita nak buat semua itu dalam masa yang sama kita pun nak menjaga hati orang lain. orang takkan pernah rasa apa yang kita rasa. memang aku akui mudah saja kita menasihatkan orang lain, tapi kita belum tentu boleh lakukan apabila benda tu terjadi dekat diri kau sendiri.



pedulik orang kata apa pun. kau ego, pentingkan diri, susah nak dengar kata. belagak. orang lain takkan merasa apa yang kau rasa. 

aku tak lupa kata kawan aku, be yourself. SELFISH.


* okay sedar tak sedar aku dah habis pengajian aku untuk sem ni. tinggal lagi 2 paper.

Meh Tinggalkan Comment Korang

Sunday, 6 November 2011

MAAFKAN AKU

hye my blog, da lama tak update kan ?

firstly aku nk intro, aku rasa kosong. Terlajak perbuatan binasa diri kan. Minggu exam pulak tu, aku harap aku tabah nak menduduki exam. Aku ada ibu, abah, adik-adik. Tp kenapa aku rasa macam takde supporter ? empty.
Orang kata kalau menangis boleh lepaskan masalh, tapi kenapa aku tak pon ? air mata tak henti nak mengalir.
bukan takde yang nasihat aku, ada. kawan-kawan selalu nasihat aku. tapi aku tak tahu macam mana nak lakukan.
memang org kata, manusia selalu lakukan kesilapan kan, tapi kalau dah perbuatan tu memainkan perasaan orang lain macam mana pula kan ? sama seperti istilah KEJAM.
aku tak menghormati perasaan orang yang menyayangi aku.

maafkan aku menyakiti hati kamu. terima kasih kerana selama ini cuba menjadi yang terbaik untuk aku, dan kamu memang yang terbaik dimata aku.
Meh Tinggalkan Comment Korang

Sunday, 16 October 2011

gedik si anak dara











seriously gedik gila.
okay, tak lawa pon =.=
tembam pulak tu.
before nak pergi pasar
no edit.


Meh Tinggalkan Comment Korang

Saturday, 15 October 2011

Wednesday, 5 October 2011

kalau lah kau tahu

hye guys. lama aku tak update blog ni.
aku baru je bangun dari tidur tengah hari. keletihan kelas pagi tadi. ari ni dari aku celik aku rasa tak sedap hati. mungkin banyak benda yang berlaku dekat keliling aku kebelakangan ini.

aku sendiri mengaku aku banyak buat orang sakit hati.
kalau lah kau tahu macam mana aku cuba menjaga hati orang lain dari menjaga hati aku sendiri.
kalau lah kau tahu macam mana aku cuba mengalah dari cuba untuk menyakiti orang lain.
kalau lah kau tahu macam mana aku simpan segala duka dari bercerita kepada orang luar.
kalau lah kau tahu macam mana sayangnya aku kat kau.
malah aku dah tak anggap kau orang luar bagi aku.
kalau lah kau tahu setiap malam aku mengalirkan airmata untuk sebuah erti persahabatan ini.
malah bila orang bertanya aku, aku hanya tersenyum dan katakan " kami macam biasa "
mungkin aku dah macam orang luar.
kalau dulu mungkin kau akan kata aku kawan susah senang.
sekarang mungkin kau dah ada yang lebih bersama bila susah senang.
bukan banyak yang aku pinta.
aku cuba memahami kau.
dan cubalah kau memahami aku.
aku bukan nak buat kau terasa sunyi dari aku.
cuma apa yang aku pinta.
apa yang berlaku biarlah antara kita.
tak perlulah kita biar orang berfikir nagatif antara kita.
kita bertiga aku dah anggap macam adik beradik.
suka, sedih, bengang, geram bersama bukan ?

aku mintak maaf kalau aku ada buat salah dengan korang. aku tahu dalam sebuah persahabatan mungkin banyak kita terasa hati di antara satu sama lain. aku harap kita still rapat macam biasa. kalau ada masalah biarlah antara kita yang bersama berkongsi. tak perlulah kita bercerita dengan orang luar. mungkin aku banyak buat salah dan silap.

aku sayang korang. sorry ye kawan :)

video ni khas aku buat untu korang. LOL . :)






* aku tahan air mata ni. huhu

Meh Tinggalkan Comment Korang