Sunday 13 November 2011

orang takkan rasa apa yang kita rasa

okay, blog aku tak femes tak bagai, konpem orang pon bosan nak baca. update pun punya jarang gila. sebab otak aku ni tak kena Vanish lagi untuk update perkara yang naik minatkan orang nak baca. tak macam pakaian yang artis-artis MELAYU di MALAYSIA pakai semasa Anugerah Skrin hari itu. tu memang la tarik peminat gila-gila vavi. terbeliak biji mata tu. 







okay, bukan nak cerita pasal ni.

sepanjang aku final exam ni macam-macam hal jadinya, kalau aku nak cerita pun. aku ego. tak nak menyakitkan hati sesiapa. aku cuba menjaga hati orang lain. tapi hati aku terpaksa gak aku korbankan kan. tak kisah lah apa pun orang nak kata. cuma aku kadang-kadang terkilan, macam tak pandai nak mengahargai apa yang aku nak.cukuplah hanya sekdar TERIMA KASIH, itu dah memadai bagi aku. mungkin orang kata aku seolah mengungkit. hmmmm, susah aku nak tafsirkan hati orang lain.

mungkin kadang-kadang aku tak sedar sikap aku yang membuatkan orang tak nak rapat dengan aku atau apa pun. tapi pernah tak orang terfikir kenapa pula sikap aku macam tu ? aku cuba untuk buat yang terbaik di depan kawan-kawan aku. tapi ? tak kisah la apa pun. manusia takkan buat perangai kalau tiada sebab kan ? aku fikir, orang lain pun boleh fikir kan ?



kalau nak cerita bab cintan cintun pula, ni lagi lah menyerabutkan aku. segala yang berlaku kita tak menyangka itu pun. sebab kita tak kata nak merancang semua itu. yela, mana ada manusia nak benda yang menyerabutkan dirinya sendiri kan ? mestilah hendah benda ynag menyenangkan dan menyeronokkan hati kan ?

mungkin orang senang bila nak mengatakan cari yang terbaik, yang kau sayang, cuma tinggal nak buat pilihan. boleh ke kita nak buat semua itu dalam masa yang sama kita pun nak menjaga hati orang lain. orang takkan pernah rasa apa yang kita rasa. memang aku akui mudah saja kita menasihatkan orang lain, tapi kita belum tentu boleh lakukan apabila benda tu terjadi dekat diri kau sendiri.



pedulik orang kata apa pun. kau ego, pentingkan diri, susah nak dengar kata. belagak. orang lain takkan merasa apa yang kau rasa. 

aku tak lupa kata kawan aku, be yourself. SELFISH.


* okay sedar tak sedar aku dah habis pengajian aku untuk sem ni. tinggal lagi 2 paper.

Meh Tinggalkan Comment Korang

No comments: