Tuesday, 27 March 2012

ESOK, ESOK DAN ESOK


Hidup bagi seorang student macam ni lah, dah akhir sem mesti nak keraskan kepala sibuk nak study. Perah otak sana, perah otak sini. Aku ni pon, terbengkalai kejap kerja aku nak buat nota. Tetibe rindu plak nak update blog aku ni. Bukan senang nak dapat idea nak update blog.
Okay, hari ni aku nak cerita apa yang aku cuba untuk lakukan untuk masa hadapan. Macam awal kan nak pikir, tapi kite memang da kena pikir lah. Merancang tu tak salah kan ? Merancang seterusnya mencuba mana yang terbaik.

1 ) BELAJAR

Aku try untuk belajar, habiskan diploma aku. Aku tahun depan 2013 dah praktikal. InsyaAllah. Lepas prak tikal terus habis diploma. Nak jadi seorang ustazah ni. HAHA. bile ingat balik aku nak jadi ustazah mcm kelakar plak kan. dah tutup citer. InsyaAllah, bila ada rezeki plak sambung degree. Mybe ambik dekat unisel jugak kot kos yang sama sebab jimat masa. 2 Tahun je sebab dah transfer kredit dari diploma.

2 ) KERJA, BERBAKTI KAT PARENTS, NAK BELI KERETA

Lepas tu aku nak keje dulu, nak berbakti dekat parents aku. Diorang dah banyak keluar duit, masa, ceramah, nasihat untuk aku agar aku terus berjaya. Aku akan cuba untuk berbakti walaupun jasa mereka memang tak boleh nak di balas balik. Aku nak beli kereta sendiri, yang terngiang dalam kepala aku ni sekarang Myvi. hehe.

3) KAHWEN . ( kalau bab ni memang byk la kan nak citer, hehe )

Bila aku rasa semua ni dah settle, baru aku tunggu pinangan orang. hehe. Mula dah nak mengatal ni. Aku pun nak kawen awal, xnk lambat-lambat. Tapi kena la betul-betul merancang bila nak dirikan rumah tangga kan. Memasak pun takat ni aku dah ada peningkatan. hehe.
 Kalau aku nak cerita pasal siapa bakal suami aku, aku tak lah mintak yang kaya raya ke hensem ke tak. Kalau nak ikot sebab kemampuan kewangan, benda tu boleh settle. Buat apa aku belajar tinggi-tinggi kalau aku sendiri tak boleh membantu kan nanti. Tapi aku memang nak kerja la lepas kawen kan, sebab aku suka mengajar ni. hehe.
Bagi aku biarlah dia tu seorang yang memahami aku, bertanggungjawab terhadap keluarga. Mampu membimbing aku yang selalu leka dengan kemewahan dunia ni. hehe.

Aku rasa macam makin melalut pulak kan. Okay lah, nak sambung buat nota nak study. bye guys :D



Meh Tinggalkan Comment Korang

No comments: